Buletin

FORD LABUR RM6 BILION UNTUK PRODUKSI BRONCO, RANGER SERBA BAHARU

Sebelum ini, Ford Motor Company ada mengumumkan ia bakal membuat pelaburan besar AS$1.5 bilion (RM6.2 bilion) untuk menghasilkan Chevrolet Colorado dan GMC Canyon generasi akan datang.

Kini, pengeluar kenderaan itu mengesahkan bahawa ia akan melabur sebanyak AS$1.45 (RM6 bilion) lagi untuk empat model utamanya.

Dianggarkan sebanyak AS$750 juta (RM3.1 bilion) akan dilabur ke atas kilang trak Wayne di Michigan, seterusnya dapat menawarkan 2,700 peluang pekerja dalam tempoh tiga tahun.  

Dengan wang sebanyak ini, proses menghasilkan semula perkakasan akan membuka jalan kepada pengeluaran Bronco generasi baharu. Bronco yang memiliki rekaan seperti Jeep Wrangler itu dijangka diperkenalkan pada tahun 2020.

Bakal dibina bersama Ranger, Bronco dipasang dengan enjin EcoBoost twin-turbo V6 bersesaran 2.7 liter.

Ford juga mengesahkan model Ranger serba baharu akan menggantikan model T6 yang ada sekarang. Untuk kilang di Dearbon pula, sebanyak AS$700 juta (RM2.9 bilion) bakal dilabur bagi memberi 300 peluang pekerjaan dan menyokong produk model F-150 Hybrid dan F-150 EV.


“Kami kini giat melabur untuk membina kekuatan model trak dan SUV. Pada masa sama, mengembangkan usaha dalam kenderaan elektrik dan berautonomi,” kata Presiden Ford, Joe Hinrichs.

Tags
Google ads
Back to top button