
PROJEK MOTOSIKAL TERBANG TERIMA DANA RM8.2 JUTA
Impian untuk mempunyai sebuah motosikal terbang nampaknya semakin hampir apabila pembuatnya, JetPack Aviation (JPA) dilapor telah menerima dana sebanyak AS$2 juta (RM8.2 juta) untuk memulakan produksi jentera yang dikenali sebagai Recreation Speeder.
Harus tahu bahawa projek tersebut mendapat sokongan beberapa firma modal usaha seperti Draper Associates, Jaan Tallinn, Y Combinator dan Catheis Ventures.
JPA kini merancang untuk membina dua versi Recreation Speeder. Satu untuk kegunaan individu dan satu lagi bagi perkhidmatan ketenteraan atau kerajaan. JPA mendakwa motosikal terbang untuk kegunaan kerajaan bakal membolehkan paramedik atau doktor merawat pesakit dengan lebih pantas.
Dari segi ketenteraan pula, mesin itu dikatakan boleh mempercepatkan usaha penghantaran tentera dan lebih senyap berbanding helikopter.
Recreational Speeder tidak memerlukan lesen untuk diterbangkan dan latihan akan diberi sepenuhnya oleh pihak JPA. Model individu mempunyai kapasiti 22 liter bahan api dengan kelajuan mencecah 96km/j.
Sementara versi komersial pula mampu bergerak selaju 241km/j dengan kuasa tujahan sehingga 5,443kg. Kedua-dua versi itu boleh terbang setinggi 15,000 kaki. Dengan dana baharu, JPA merancang untuk membina 20 unit Recreation Speeder.
Setiap satunya memerlukan deposit AS$10,000 (RM41,000) dengan harga mencecah AS$380,000 (RM1.6 juta), termasuk sut dan topi keledar.
- BACA: GUNA LESEN TERBANG? ANDA ADA MASA SEBULAN UNTUK SERAHKAN ATAU BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG!
- BACA: GARUDA INDONESIA PECAT CEO KERANA SELUDUP HARLEY-DAVIDSON DAN BASIKAL LIPAT
- BACA: KERETA TERBANG PROJEK PALING TAK GUNA DAN MEMALUKAN!
- BACA: KERETA TERBANG MALAYSIA-CHINA: EHANG FAILKAN KEBANKRAPAN