
NAMA BERBAUR LUCAH, LYFT ARAH PENGGUNA TUKAR SEGERA
Penyedia perkhidmatan e-hailing di pasaran Amerika Syarikat, Lyft baru-baru ini menghantar notifikasi kepada sejumlah penggunanya yang didakwa menggunakan nama tidak sesuai.
Pengguna yang menerima mesej daripada Lyft memberitahu nama mereka telah melanggar garis panduan khidmat masyarakat e-hailing.
Dalam notifikasi tersebut, Lyft bagaimanapun tidak memberikan sebab jelas, sebaliknya hanya menyatakan ‘nama itu tidak selari dengan garis panduan masyarakatnya’.

Antara nama yang menerima notifikasi dan disalah anggap berbaur lucah ialah Nicole Cumming, Cara Dick dan Dick DeBartolo. Jadi, mereka perlu menukar nama masing-masing sebelum 21 Disember 2019.
“Nama saya – Nicole Cumming – telah dianggap tidak sesuai oleh Lyft. Saya tidak kagum dengan nama saya juga, tapi saya tidak tahu bahawa ia melanggar garis panduan masyarakat Lyft,” kata seorang pengguna di laman Twitter.
“Ada pengguna dalam komuniti Lyft menggunakan nama yang sama ada tidak tepat, bersifat ofensif atau kedua-duanya. Dalam usaha memperbaiki masalah ini, kami ambil skop yang terlalu besar.
“Kami berniat baik, tetapi usaha itu mungkin menyinggung perasaan sesiapa, kami mohon maaf,” kata jurucakap Lyft.
Bagi mereka yang menerima notifikasi salah, Lyft dilihat cuba untuk membetulkan keadaan.
“Mesej tersilap hantar. Kami sedang cuba untuk menambah baik sistem demi mencipta sebuah komuniti yang selamat dan dihormati. Nama anda tidak melanggar Garis Panduan komuniti kami dan kami mohon maaf sekali lagi,” jelas Lyft.
Biar apa pun, insiden tersebut menimbulkan kekeliruan dan membuatkan beberapa pengguna Lyft apa yang perlu dilakukan.
- BACA: JUMAAT INI, TAMBANG E-HAILING MUNGKIN MENINGKAT SEHINGGA 50%
- BACA: PEMANDU E-HAILING TIDAK PERLU TUKAR STATUS KENDERAAN – TETAPI KENA DAPATKAN LESEN PSV DAN PERMIT EVP
- BACA: PROGRAM PERINTIS E-HAILING MOTOSIKAL AKAN DIJALANKAN SELAMA 6 BULAN BERMULA JANUARI 2020
- BACA: DAIMLER DAN GEELY BAKAL TEROKA PASARAN RIDE-HAILING PREMIUM DI CHINA