BARU NAIK TARAF RM15K, LELAKI SEDEKAHKAN FORD RANGER 3.2L UNTUK TUJUAN AMAL
Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong dalam laman Facebooknya pada Ahad, berkongsi tentang kesanggupan seorang lelaki menginfakkan trak pikapnya kepada MRM bagi tujuan amal.
Menerusi screenshot perbualan di WhatsApp, dia yang hanya dikenali sebagai Zam bertanyakan sama ada MRM memerlukan jentera 4×4 untuk tujuan dakwah.
“Saya ada sebijik Ford Ranger tahun 2014… Fully loaded untuk offroad. Saya nak infaq nie untuk tujuan dakwah. Tapi ccnye besar, 3200cc… semua tiptop,” tulis Zam.
Trak pikap itu juga dikatakan baru sahaja dibaiki dengan kos mencecah RM15,000. Jadi, jentera itu sesuai untuk kerja-kerja berat dan meredah banjir.
Apabila ditanya tentang kereta apa yang akan dia gunakan nanti, jawab Zam, “Ada la tu rezeki lain kot. Tak tahu bang, tadi saya duduk seorang, bosan, tenung kereta…rasa banyak sangat benda tuhan bagi senang tapi tiada lagi kerja dakwah saya buat.
“Kereta ini tidaklah cantik tapi memang sayang betul dengan kereta ini. Kondisi terbaik yang saya buat ini.
“Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,” tulisnya.
Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat dan membuatkan kita pun mahu bersedah mengikut kemampuan. Amin..
Berikut adalah status yang ditulis oleh Firdaus di laman Facebook.
————————————————————————————————————
Saya sebak apabila menerima mesej sahabat ini di Instagram. Bagaimana beliau sanggup berpisah dengan kenderaan yang beliau sangat sayangi itu demi ‘pelaburannya di akhirat’. Allahuakbar. Ford Ranger yang telah diubahsuai untuk ‘offroad’.
Alhamdulilah. Hari ini beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada kami. Kini kami di MRM perlu memastikan kenderaan kesayangannya itu terus berbakti kepada masyarakat agar beliau dan kami di MRM mendapat redha dan ganjaran di akhirat kelak.
Tanpa saya sedari, bergenang airmata saya bila Zam bagitau, “Kalau nanti abang dekat syurga tak jumpa saya, jangan lupa Zam di mana”. Allahuakbar. Ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam;
”Ya Rabb, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama dengan kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.” Maka Allah berfirman, ”Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah.” (HR Ibnul Mubarak, dalam kitab Az Zuhd)
Amanah sahabat semua akan kami tunaikan sebaik mungkin. Semoga kita semua menjadi insan sebagaimana firman Allah Subhana Wa Ta’ala;
”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Ali’Imraan 3:92)
Allahuma Ameen
- BACA: JUAL NISSAN GTR35, HENDAK BIAYAI KERJA AMAL. 3 MINIT ORANG DAH BELI, RESPEK BRO NI!!!
- BACA: PAKCIK CINA SEDIAKAN VAN JENAZAH PADA YANG TAK MAMPU
- BACA: JANGAN BERKIRA SANGAT DENGAN RUNNER. MEREKA BERGADAI NYAWA UNTUK CARI REZEKI
- BACA: SEBAHAGIAN PEKERJA MAHU FORD BERHENTI KELUARKAN KENDERAAN POLIS