
FORD RANGER RAPTOR X EDISI KHAS 2021. WARNA MERAH, KAMERA 360, RM216,888 SEUNIT
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini melancarkan Ford Ranger Raptor X Edisi Khas untuk pelanggan di Malaysia dengan warna baharu True Red. Sekali gus menjadi Raptor berwarna merah yang pertama diperkenalkan di pasaran.
Disempurna dengan ciri teknologi untuk gaya hidup masa kini, Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas didatangkan dengan kamera 360-darjah. Teknologi ini menggabungkan beberapa kamera video untuk memberikan visual di sekeliling kenderaan pada masa sebenar.
Trak pikap itu didatangkan dengan Perakam Video Dwidigital (DVR) Kenwood yang menawarkan pelbagai fungsi.
Ini termasuklah perakam berkualiti tinggi (HD) Quad, sudut pandangan yang luas, rakaman penglihatan malam, pelindung berpolaris binaan dalam dan aplikasi mudah alih yang boleh dihubungkan melalui hotspot.

Ia juga memiliki ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, selain kad memori 32GB yang membolehkan pemandu merakam aktiviti kembara atau sebagai ciri keselamatan.
Pelekat halilintar Raptor X yang eksklusif dan alas kaki edisi khas memberikan perbezaan yang lebih ketara, sambil mengekalkan kabin Ranger Raptor yang premium.
Sebati dengan DNA prestasi Ranger Raptor yang diperkenalkan di Malaysia pada hujung tahun 2018 ialah trak off-road berprestasi dan berkelajuan tinggi dari kilang.
Berpandukan pengalaman daripada Ford F-150 Raptor, kerangka chasis Ranger Raptor yang unik dibina dan diubahsuai secara besar-besaran untuk kelajuan dan ketahanan di laluan off-road.

Sistem gantungan yang setaraf dengan kereta lumba direka khusus untuk menangani permukaan jalan yang sukar, selain mengurangkan loncatan, hentakan dan lekukan.
Tiada trak lain di Malaysia yang dipasang dengan penyerap hentak FOX Racing Shox dan bash plate dengan kekuatan ultra. Ciri Terrain Management System yang canggih menawarkan enam mode pra-tetapan untuk menawan apa jua bentuk jalan. Mode tersebut boleh dipilih dengan hanya memutar dial.
Diinspirasikan oleh saingan Baja 100 Desert Race, mode Baja memberikan daya cengkaman, meningkatkan daya responsif dan penukaran kelajuan, serta mengoptimumkan kelajuan tinggi off-road Ranger Raptor.
Ranger Raptor menghasilkan tenaga 213 PS dan daya kilas setinggi 500Nm yang dikaliberasi penuh teliti dengan transmisi 10-kelajuan bersama ciri PaddleShift.

Trak pikap itu juga padat dengan teknologi pintar dan keselamatan terkini yang memberikan keyakinan sepenuhnya semasa memandu. Ia hadir dengan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan
dan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Depan dan Amaran dan Bantuan Keluar Laluan.
Menerima penarafan lima bintang NCAP, Ford Ranger Raptor X Edisi Khas didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000km (yang mana tiba dahulu) untuk model tahun buatan 2021 ke atas. Ini pasti memberi nilai lebih baik kepada pemilik Ranger baharu.
Maklumat lanjut tentang Ford Ranger Raptor X Edisi Khas, layari sila layari laman web www.sdacford.com.my atau hubungi talian WhatsApp +6019 204 1200 dari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 7 petang dan Sabtu dari 10 pagi hingga 2 petang, tidak termasuk cuti umum.
Anda juga boleh terus sahaja ke mana-mana 40 bilik pameran Ford yang berdaftar di seluruh negara.
- BACA: REBAT TUNAI SEHINGGA RM6,000 UNTUK FORD RANGER RAPTOR DAN WILDTRAK. BAIK CEPAT, UNIT TERHAD
- BACA: FORD RANGER VS TOYOTA HILUX VS MITSUBISHI TRITON VS ISUZU DMAX
- BACA: BARU NAIK TARAF RM15K, LELAKI SEDEKAHKAN FORD RANGER 3.2L UNTUK TUJUAN AMAL
- BACA: AVETA RANGER 110 RASMI DILANCARKAN. CKD SETIA ALAM, RM3,586 OTR TERMASUK INSURANS
GALERI