Buletin

HYUNDAI BAKAL GUNA CHIP BUATAN SENDIRI TAHUN DEPAN

Hyundai Motor Co. dilapor merancang untuk menggunakan chip auto yang dibangunkan sendiri untuk salah sebuah kenderaan baharunya tahun depan. 

Hyundai yang merupakan antara 10 pembuat kenderaan terbesar di dunia itu mahu membangunkan chip kuasa berasaskan kepada teknologi silikon korbid. Masalah bekalan chip daripada syarikat semikonduktor telah memaksa hampir semua pengeluar menghentikan produksi dan mengurangkan shift pekerja. Mereka juga bimbang masalah itu akan berlarutan. 

Pusat penyelidikan Hyundai dan syarikat pembuat alat ganti, Hyundai Mobis Co. akan menyelia proses reka bentuk chip bekenaan serta bekerjasama dengan beberapa firma lain. Ini termasuklahlah pengeluar chip Magnachip Semiconductor Corp. 

“Kami akan menggunakan chip ini pada kereta baharu yang dijadual diperkenalkan pada suku kedua tahun depan,” kata sumber daripada Hyundai. 

Seoul Economic Daily mendakwa model yang bakal menggunakan chip itu ialah kereta elektrik Ioniq 6. Pada Jun lalu, Hyundai dilapor berunding dengan syarikat pembuat chip tempatan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan asing. – Reuters   

Google ads
Back to top button