Buletin

FORD RANGER EV, BAKAL DIPASARKAN TAHUN 2025

Sebelum ini Toyota mengumumkan perancangan mereka untuk memperkenalkan Toyota Hilux Hybrid dalam usaha mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Pesaing sejati Toyota, iaitu Ford pula mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan Ford Ranger serba baru dengan teknologi EV

Bagi pasaran Amerika, Ford menawarkan Ford F-150 Lightning dengan 2 motor elektrik namun model Ranger tidak ditawarkan di sana. Hans Schep, General Manager Kenderaan Komersial untuk Ford Europe memberi sedikit klu apabila mendedahkan satu trak pikap saiz kecil berbanding F-150 akan diperkenalkan di Eropah dalam masa pada tahun 2025

Salah satu sebab Ford Europe mahu sebuah pikap trak bersaiz sederhana diperkenalkan ialah kerana F-150 Lightning datang dengan harga yang agak mahal serta saiz yang besar, kurang sesuai untuk pasaran Eropah. Menurut portal automotif CarBuzz, Ford Ranger yang baru akan diperkenalkan sebagai model plug-in hybrid terlebih dahulu bagi pasaran global

Bagi asaran Eropah dengan peraturan pencemaran udara yang ketat, model EV sepenuhnya akan datang dengan teknologi EV selepas model plug-in hybrid diperkenalkan. Terdapat satu sumber mengatakan model Ranger ini akan dibangunkan bersama-sama model Volkswagen Amarok bagi mengurangkan kos pembangunan

Ia juga memberi kelebihan pada harga jualan kerana Ford merancang harga jualan Ranger ini sekitar RM 123,540 di Eropah. Dari segi kuasa, pakar automotif memberi pandangan bahawa motor elektrik yang bakal dipasang pada Ranger akan memiliki kuasa yang lebih rendah berbanding dengan Ford F-150 iaitu di bawah 426 kuasa kuda

Google ads
Back to top button