TOYOTA LANCAR GR YARIS MORIZO SELECTION DI PASARAN JEPUN
Pengeluar kenderaan, Toyota melancarkan model GR Yaris Morizo Selection di pasaran Jepun yang merupakan jentera prestasi ‘berevolusi bersama pemandu’.
Idea berkenaan adalah dengan pemasangan perisian khas pada kereta tersebut melalui subsidiari langganan Kinto.
Menurut Toyota, ia membolehkan aspek pemanduan, pengendalian dan pemberhentian para pemandu dipertingkatkan dari masa ke semasa melalui kemas kini perisian tersebut.
Sistem akan memantau setiap data pemanduan ditunjukkan pemandu dan bersepadu dengan jiwa pemandu kenderaan itu.
Toyota GR Yaris Morizo Selection menggunakan asas daripada varian RZ yang lengkap dengan ciri seperti spray penyejukan intercooler, tayar Pilot Sport 4S, dan LSD.
Selain itu, ia turut menampilkan modifikasi visual yang inspirasi daripada ROOKIE Racing pada kemasan jahitan tempat duduk, spring gegelung dan penyerap hentak.
Perisian berkenaan memiliki tag harga bermula 54,340 yen (RM2,045) menerusi langganan Kinto setiap bulan selama tiga tahun.
Ia hanya ditawarkan untuk pengguna di pasaran Jepun sahaja. –carscoops