Buletin

KERJA GILA!!!BAWA LARI BUAYA GUNA MOTOSIKAL

Rakaman video viral yang menunjukkan dua individu menangkap buaya dari sungai dan mengangkut menggunakan motosikal ditempelak pencinta haiwan.

Menurut laporan Daily Star,  dalam klip video dirakam di Navolato, Mexico itu, dua lelaki menarik seekor buaya kira-kira sepanjang 243 sentimeter dengan menggunakan tali.

Salah seorang daripada lelaki berkenaan berkata dalam rakaman berdurasi 46 saat itu: “Tarik. Tarik cepat. Ia amat berat,”

Reptilia itu dipercayai sudah diberikan ubat pelali sebelum diletakkan di atas motosikal dan diikat menggunakan tali.

Lebih memburukkkan keadaan, salah seorang lelaki terbabit duduk di atas buaya sambil me­nunggang motosikal.

Dalam pada itu, pengguna media sosial mengutuk keras perbuatan dua individu itu dan mendesak agar pihak berkuasa memburu mereka.

“Saya harap buaya itu sedar dan membaham tangan atau kaki pencuri ini,” kata seorang netizen.

Pihak berkuasa masih belum mengenalpasti kedua-dua lelaki ataupun lokasi buaya ber­ke­naan.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara antara satu hingga sembilan tahun kerana mencuri buaya.

Motif mencuri buaya juga tidak dapat dipastikan sama ada untuk dibela atau dijadikan hidangan eksotik.

Menurut akhbar Infobae, spesies paling banyak diperdagangkan di Mexico merupakan burung kakak tua macaw, monyet, tarantula, reptilia, ocelot dan burung enggang. – agensi

Google ads
Back to top button