Motosikal

MOTOSIKAL HONDA FERRARI INGIN DIJUAL. SUDAH LAH TIRUAN, MAHAL PULA TU.

Siapa tidak kenal dengan jenama dari Itali ini selaku pengeluar kereta sport mewah. Sepanjang sejarahnya, syarikat ini dikenali dengan penyertaan berterusan dalam perlumbaan, terutamanya Formula 1.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi dikatakan telah mengubah suai jenteranya menjadi jelmaan Ferrari. Lebih mengejutkan, dia ingin menjual motosikalnya itu pada harga £51,000 (RM272,000).

Motosikal ini pada asal ialah sebuah Honda CBR1000RR Fireblade. Antara ubah suai yang telah dilakukan termasuklah penggunaan skema warna merah Rosso daripada Ferrari.

Ia dilengkapi kemasan gentian karbon dan angkup brek Brembo dicat warna kuning ikonik Ferrari iaitu GialloFly. Mahu nampak lebih ‘asli’ logo Ferrari turut dilekatkan pada kit badannya.

Jentera itu juga menggunakan sistem ekzos aftermarket. Apa yang pelik, pemiliknya mendakwa motosikal itu memiliki kuasa 400 hingga 500hp. Boleh tahan dia punya gebang…

Suatu ketika dahulu, Ferrari pernah memberi hak jenama kepada sebuah motosikal. Dikenali sebagai Ferrari 900, ia dijual pada harga £85,000 (RM457,000) pada tahun 1996. Ini menjadikannya satu-satunya motosikal asli Ferrari.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button