
Foton View
Van yang ideal untuk perniagaan
Kenderaan pengangkut komersial adalah satu aspek penting bagi sesebuah perniagaan. Kelangsungan dan kelancaran operasi banyak bergantung kepada faktor ini. Sebagai pilihan yang lebih ekonomik, pengeluar kenderaan komersial China, Beiqi Foton Motor Co. Ltd. banyak memperkenalkan model-model komersial untuk pasaran dunia.
Kini, pengedar jenama Foton di Malaysia, Dunia Prestasi Auto Sdn Bhd (Dunia Prestasi Auto) memperkenalkan sebuah model terbaru keluaran jenama China berkenaan. Ia dikenali sebagai Foton View yang didatangkan dengan varian jenis tingkap atau panel sebagai pilihan.
Melalui rangkaian pengedar Dunia Prestasi Auto yang kini berjumlah 45 buah dengan 35 daripadanya dilengkapi pusat servis di seluruh negara, Foton View didatangkan dalam enam varian berasingan. Tanda harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Senarai penuh adalah seperti berikut:
2.2L (76kW) Petrol 5 M/T High Roof Window Van: RM67,999.00
2.2L (76kW) Petrol 5 M/T Semi High Roof Window Van: RM67,300.00
2.7L (68kW) Turbodiesel 5M/T High Roof Window Van: RM74,999.00
2.7L (68kW) Turbodiesel 5M/T Semi High Roof Window Van: RM74,300.00
2.7L (68kW) Turbodiesel 5M/T Semi High Roof Panel Van: RM65,999.00
2.7L (68kW) Turbodiesel 5M/T Semi Panel Van: RM63,999.00
Untuk pasaran Malaysia, keenam-enam varian van ini dipasang di kilang pemasangan Inokom, di Kulim, Kedah.
Menerusi penawaran enjin petrol dan diesel, View turut dilengkapi ciri pintu gelungsur bagi kedua-dua belah sisi, ABS dengan EBD untuk faktor keselamatan, serta tangki minyak. berkapasiti 70 liter.
Bagi model dengan spesifikasi lengkap pula, View mampu memuatkan sehingga 14 orang penumpang pada satu-satu masa. Versi High Roof dan Semi High Roof juga ditawarkan sebagai pilihan untuk keperluan pengguna yang berbeza.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Dunia Prestasi Auto di Glenmarie, Shah Alam di talian 03-7627 8888.
[hr top]Spesifikasi:
[hr_invisible]BJ493ZQ – Diesel
Enjin: 2,771cc, 4 silinder sebaris dengan turbocharge
Kuasa maksimum: 68kW @ 3,600rpm
Tork maksimum: 202Nm @ 2,200rpm
Transmisi: Manual lima kelajuan
BJ491EQ1 – Petrol
Enjin: 2,237cc, 4 silinder sebaris
Kuasa maksimum: 76kW @ 4,300rpm
Tork maksimum: 193Nm @ 3,200rpm
Transmisi: Manual lima kelajuan
[hr]















