Buletin

LDV LANCAR MINIVAN ELEKTRIK MIFA 9 DI AUSTRALIA

LDV merupakan satu jenama pengeluar van dari Britain yang kini dimiliki oleh SAIC Motor menerusi syarikat subsidiarinya, Maxus.

Untuk pasaran Australia, LDV menawarkan produk minivan berkuasa elektrik yang digelar sebagai Mifa 9.

Ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan dengan kuasa 241 hp dan 350 Nm, dipadankan dengan pek bateri 90 kWh CATL yang membenarkan jarak gerak sehingga 440 km.

Bateri ini boleh dicas menggunakan pengecasan 11 kW dengan tempoh pengecasan penuh selama 8.5 jam, atau pengecasan pantas yang membolehkan bateri dicas 30-80 peratus dalam masa 36 minit sahaja.

Antara ciri mewah yang dimuatkan termasuklah pintu gelongsor sisi berkuasa elektrik, kerusi kapten dengan ciri pemanas, penyejuk dan urut, sistem kawalan iklim berbilang zon, tujuh slot pengecasan USB, outlet kuasa 220V, serta pilihan sistem audio dengan 6, 8 atau 12 pembesar suara.

Papan pemuka pula menempatkan skrin infotainmen sebesar 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay, skrin kluster digital tujuh inci, roda stereng balutan kulit, serta tidak ketinggalan cermin pandang belakang digital.

Ia turut mendapat kelengkapan keselamatan merangkumi pengesanan titik buta, brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, suluhan tinggi automatik dan banyak lagi.

Di pasaran Australia, LDV Mifa 9 dijual pada harga dari AU$106,000 (RM323,348) hingga AU$131,000 (RM399,609) untuk varian tertinggi yang lebih premium.

Google ads
Back to top button