Buletin

MINIVAN ELEKTRIK CHINA MATRIX 01 2023. 20HP, 120KM SEKALI CAJ, BERMULA RM19K

Matrix Motors, syarikat pemula EV dari China yang disokong oleh Alibaba melancarkan minivan elektrik Matrix 01 2023 di negara itu, baru-baru ini.

Dimensi Matrix 01 ialah 3,490mm panjang, 1,465mm lebar, 1,685mm tinggi dengan jarak roda 2,350mm. Ia mempunyai satu baris tempat duduk serta kapasiti ruang belakang 2,300 liter atau 2,600 liter sekiranya tempat duduk penumpang dialihkan.

Tidak banyak perincian didedahkan mengenai minivan elektrik ini, selain terdapat kamera pandang belakang.

Dari segi kuasa, Matrix 01 2023 dipacu oleh bateri LFP berkapasiti 10.36 kWj yang menghasilkan kuasa maksimum 20hp dan tork pada 90Nm, jarak gerak sehingga 120km.

Dengan pengecasan maksimum 3.3kW, ia akan mengambil masa selama empat jam untuk dicaj penuh, manakala versi lebih rendah memerlukan masa sehingga lapan jam.

Minivan elektrik versi 2023 itu didatangkan dengan pilihan tiga trim iaitu max charging, comfort max charging dan exclusive max charging.

Untuk harga pula, trim max charging 1.5kW (1 dan 2 tempat duduk) berharga AS$4,334 (RM19,442), comfort max charging (1 dan 2 tempat duduk) dijual pada tanda harga AS$5,498 (RM24,664), sementara exclusive max charging bernilai AS$5,789 (RM25,969).

Google ads
Back to top button