Buletin

GEELY LANCAR JENAMA DAN MODEL ELEKTRIK PINTAR BAHARU, JI YUE 01

Pengeluar kereta China, Geely, baru-baru ini melancarkan jenama teknologi pintar premium JI YUE dan memperkenalkan ‘robot automotif’.  

JI YUE 01, model perdana di bawah jenama baharu itu akan dikeluarkan oleh Geely dan dijangka muncul pada suku terakhir tahun ini.

Tambah Geely, Baidu berperanan menyediakan pengetahuannya dalam kokpit pintar, pemanduan autonomi serta teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menawarkan pengalaman kenderaan elektrik pintar lebih baik.

“Selain menyelia jualan, perkhidmatan, pemasaran untuk 01, JI YUE juga membina dan membangunkan rangkaian pengecasannya sendiri di China untuk memenuhi permintaan pengguna bagi kenderaan elektrik pintar.”

Perkembangan berkaitan, laman sesawang kementerian industri China turut mendedahkan tiga kenderaan elektrik di bawah jenama JI YUE sedang mendapatkan kelulusan kawal selia.

Google ads
Back to top button