Buletin

GEELY GX3 PRO 1.5L BAKAL DILANCARKAN DI FILIPINA – DUA VARIAN, 100HP, HARGA SEKITAR RM62K

Geely GX3 Pro 1.5L bakal dilancarkan secara rasmi di Filipina dalam masa terdekat sekaligus bakal mencabar pesaing utama, Toyota Raize, yang juga merupakan kembar Perodua Ativa.

Geely Philippines turut mengesahkan bahawa dua varian bakal ditawarkan kepada pelanggan di sana dengan anggaran harga bermula PHP 778,000 hingga PHP 878,000 (kira-kira sekitar RM64k hingga RM72k).

Sebagai perbandingan, Toyota Raize di Filipina berharga antara PHP 751,000 hingga PHP 1,063,000, iaitu sekitar RM62k-RM87k.

Kereta ini diletakkan sebagai SUV kecil di China dan ia juga merupakan SUV dengan saiz badan terkecil Geely.

Sebagai perbandingan, berikut adalah dimensi bagi model GX3 Pro dan Toyota Raize:

  • GX3 Pro: 4,005mm X 1,760mm X 1,575mm, jarak roda 2,480mm
  • Toyota Raize: 4,030mm X 1,710mm X 1,605mm, jarak roda 2,525mm

Dari segi kuasa, kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin empat silinder NA 1.5 liter, berupaya menghasilkan 100hp dan tork pada 145Nm serta dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan (GX3 Pro S) manakala varian GX3 Pro Comfort menerima transmisi CVT.

Menurut laporan, Geely Philippines akan membawa masuk kira-kira 200 unit Geely GX3 Pro. – Carlist

Google ads
Back to top button