GEELY KINI KUASAI 17 PERATUS SAHAM ASTON MARTIN – POWER BETUL
Siapa tak kenal Aston Martin, pengeluar kenderaan sports mewah dari Britain dan kini sebahagian saham mereka telah berjaya dimiliki oleh gergasi automotif China, Geely.
Geely sebenarnya sudah pun menguasai 7.6 peratus saham Aston Martin dalam satu urus niaga yang dilakukan September. Kini syarikat pengeluar kenderaan China itu berjaya menaikkan pegangan mereka kepada 17 peratus.
Geely Automotive Holdings akan membuat pelaburan sebanyak USD292 juta dalam Aston Martin menjadikan mereka pemegang saham ketiga ketiga terbesar dalam Aston Martin di belakang pengerusi syarikat, Lawrence Stroll dan Public Investment Fund dari Arab Saudi.
Di bawah perjanjian terbaru ini, Geely akan menerima 42 juta unit saham daripada konsortium Yew Tree milik Troll dengan tambahan 28 juta unit saham lagi dan peluang untuk melantik seorang pengarah dalam pentadbiran Aston Martin. Aston pula akan mendapat akses kepada USD118 juta untuk membantu aliran tunai mereka yang agak lemah.
Kemampuan Geely dalam menguasai syarikat-syarikat seperti Volvo, Polestar dan Lotus memang sangat dikagumi ramai pihak. Bukan itu sahaja, mereka juga menguasai 10 peratus saham dalam syarikat Daimler.