Buletin

GEELY TAYANG RUANG KABIN PREFACE. SERLAH KEMEWAHAN, ELEGAN SEDAN TERBAHARU

Tidak sampai dua minggu, pengeluar kereta Geely mempertontonkan ruang luaran sedan terbaharu Preface kepada khalayak.

Kini, peminat automotif boleh menyaksikan sendiri kabin Preface yang menterjemahkan ciri-ciri kemewahan pada jentera baharu ini.

Model terbaharu ini disifatkan sebagai sedan paling mewah keluaran Geely. Mungkin juga Proton Perdana baharu akan diangkat mengikut jentera baharu ini.

Ia kelihatan moden dilengkapi rekaan papan pemuka penuh bergaya, bahan berkualiti tinggi yang digunapakai termasuk kemasan kulit dan teknologi terkini.

Bahagian tengah kabin, Geely Preface dilengkapi skrin paparan bersaiz 12.3 inci dengan sistem infotainmen GKUI Smart EcoSystem.

Ia turut didatangkan paparan kluster instrumen digital, tuil gear bagaikan kawalan jet pejuang, sistem kawalan iklim, sistem penapisan udara dan pewangi udara.

Selain itu, bagi memberi kepuasan audio berkualiti kepada pengguna, Preface didatangkan bersama sistem audio Bose.  

Pengeluar juga memberi keyakinan kepada pembeli, sedan terbaharu itu bakal dilengkapi teknologi terkini sambungan, kepintaran dan kualiti termasuk sistem keselamatan- agensi.

Google ads
Back to top button