Buletin

GEELY AKAN GUNA PLATFORM CMA UNTUK MODEL MASA DEPAN PROTON

Geely merancang menggunakan platform yang dibangunkan di atas input daripada Volvo untuk membina model-model baharu Proton. 

Strategi itu dilihat sebagai langkah untuk mempercepatkan usahanya menjadi gergasi automotif global pertama dari China. Perancangan untuk Proton itu merupakan antara salah satu projek Geely untuk merancakkan kembali operasi kilang-kilangnya di China dan di seluruh dunia.

Pegawai kanan Geely memberitahu projek yang dikenali sebagai Compact Modular Architecture (CMA) itu akan membolehkan mereka untuk membangun, mereka dan membina pelbagai jenis kereta kompak yang memiliki layout mekanikal sama dengan lebih cepat, pada kos lebih rendah. 

CMA dan platform Modular Architecture untuk kenderaan segmen B (BMA) yang Geely rancang untuk Proton membolehkan mereka memanfaatkan teknologi teknologi Volvo. Pada masa sama menggunakan kepakaran Geely dalam mengawal kos, menguruskan rantaian bekalan dan produksi tempatan. 

“CMA akan menjadi reka bentuk penting Geely pada masa depan,” kata Naib Presiden Institut Penyelidikan Automotif Geely, Li Li yang mengesahkan pelan ke atas Proton.

Bermula sebagai pengeluar alat ganti peti sejuk pada tahun 1986, Geely telah berkembang menjadi antara pemain utama industri automotif di China. Geely kini menjual lebih dua juta unit kenderaan di seluruh dunia menerusi pelbagai jenama. – Reuters 

Google ads
Back to top button