Buletin

GEELY BINA SATELIT ORBIT RENDAH UNTUK KENDERAAN PANDU SENDIRI. SANGGUP LABUR RM1.37 BILION

Geely, jenama pengeluar automotif antarabangsa yang dikenali dengan pemilikannya ke atas jenama Volvo dan pelaburan besar di Daimler serta Proton.

Mereka buat masa kini memfokuskan kepada penambahbaikan terhadap kenderaan pandu sendiri. Hal ini dibuktikan dengan pembinaan fasiliti pembuatan satelit di Taizhou.

Geely dilapor telah melabur sebanyak AS$326 juta (RM1.37 billion) bagi pembinaan fasiliti tersebut. Projek yang dikenali sebagai Geespace itu dijalankan bagi mempertingkatkan keupayaan terhadap kenderaan pandu sendiri milik mereka.

Satelit orbit rendah ini dijangka dapat memberi ketepatan data dengan lebih baik. Geely mensasarkan untuk menghasilkan sebanyak 500 buah satelit setahun menjelang tahun 2025.

Mereka juga menyatakan kenderaan pandu sendiri buatan Geely akan lebih berinovasi dengan pelbagai fungsi seperti internet berkelajuan tinggi, keupayaan sistem simpanan awan dan pemanduan autonomi. Semua ciri ini akan berfungsi dengan baik hasil daripada kewujudan satelit tersebut.

Kira-kira 300 pekerja telah ditugaskan bagi menjalankan projek itu. Menurut Geely, Geespace akan mula melancarkan rangkaian satelit orbit rendahnya menjelang akhir tahun 2020. Geely pada asalnya melancarkan Geespace adalah untuk menyelidik, melancarkan dan mengendalikan satelit orbit rendah pada 2018.

Geely yang berjaya menjual 2.18 juta unit kenderaan pada tahun lepas merupakan salah satu pengeluar automotif yang memberi fokus kepada kenderaan pandu sendiri selain Tesla dan Toyota.

kredit foto: Autoblog

Tags
Google ads
Back to top button