Artikel PilihanBuletin

GEELY XINGYUE L, BAKAL JADI PROTON X90 DENGAN 7 TEMPAT DUDUK?

Di pameran Shanghai Autoshow 2021 baru-baru ini, pihak Geely telah mendedahkan sebuah lagi SUV bersaiz besar yang diberi nama Xingyue L Flagship. Untuk pengetahuan pembaca, terdapat sebuah lagi model yang diberi nama Geely Xingyue, namun dengan rekaan yang lebih kompak ala-ala BMW X6.

Jadi kami berikan perincian berkenaan Geely Xingyue L ini di bawah.

1. Xingyue L dibangunkan dengan menggunakan platform CMA yang dibangunkan oleh Volvo dan juga Geely. CMA membawa maksud Compact Modular Architecture yang digunakan oleh Volvo XC40, Geely Xingyue, Lynk & Co dan juga Polestar.

Platform ini boleh menyokong pelbagai teknologi terkini dengan trenkuasa enjin 3 silinder, 4 silinder dan juga teknologi hibrid serta plug-in hybrid. Senang cerita platform ini canggih dan lebih mahal berbanding dengan BMA yang digunakan oleh Proton X50

2. Lebar Xingyue L ialah 1895mm manakala jarak antara roda pula ialah 2845mm. Jadi berdasarkan ukuran ini besar kemungkinan Xingyue L boleh ditawarkan dengan varian 7 atau 6 tempat duduk sebab panjang SUV ini ialah 4770mm

3. Ada 2 pilihan enjin yang ditawarkan oleh Geely samaada 2000cc 4 silinder 2.0TD-T4 Evo yang menghasilkan 218 kuasa kuda dan 325Nm tork yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan atau varian 2.0TD-T5 yang menghasilkan 238 kuasa kuda dan 350Nm tork dipadankan dengan 8 kelajuan automatik daripada Aisin

4. Kesemua enjin ini ialah enjin Volvo Drive-E Series dengan kod JLH-4G20TDB yang membolehkan Xingyue L memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.7 saat bagi varian T5 dan dan 7.9 saat bagi varian T4.

5. Ada 2 sistem pacuan yang bakal ditawarkan samaada pacuan roda depan atau pacuan semua roda AWD yang menggunakan sistem agihan kuasa50:50 BorgWarmers generasi ke 6. Ada 5 pilihan mode pemanduan yang ditawarkan seperti ECO, Normal, SPORT, Snow dan juga Offroad

6. Xingyue L juga datang dengan ciri parkir valet automatik. Maksud dia, SUV ini boleh diparkir sendiri tanpa pemandu selepas pemandu masuk ke dalam bangunan. Xingyue ini akan mencari parkir dalam radius 200 meter, pandu sendiri, cari parkir sendiri dan masuk dalam parkir sendiri. Walauwehhh.

7. Bagi menjalankan operasi ini, Xingyue menggabungkan 12 radar ultrasonic, 5 milimeter radar gelombang, 4 kamera definasi tinggi, 1 kamera monocular, 1 dashcam dan 24 sensor keliling

8. Untuk interior, antara perkara yang menarik ialah penggunaan skrin sesentuh bersambung dari ruang pemandu ke ruang penumpang depan. Ia memaparkan resolusi definasi tinggi 1920×720 piksel, sambungan internet kelajuan tinggi serta arahan suara GKUI.

Google ads
Back to top button