Buletin

GOYANG2 MERDEKA: MINYAK JIMAT, GANJARAN BERGANDA

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Caltex Malaysia dengan kerjasama Touch ‘n Go melancarkan kempen istimewa “GOyang2 Merdeka & Malaysia Day” yang berlangsung sehingga 30 September 2025.

Melalui kempen ini, pengguna berpeluang menikmati ganjaran segera dalam bentuk baucar tunai balik serta penjimatan minyak hanya dengan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go.

Menurut Pengerusi Caltex Malaysia, Leong Jee Wong, syarikat itu telah hampir sembilan dekad berkhidmat untuk rakyat Malaysia dengan menyediakan tenaga bersih dan boleh dipercayai.

“Seiring dengan tema Merdeka tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, kami ingin menghargai pelanggan dengan ganjaran yang benar-benar memberi nilai tambahan dalam setiap perjalanan mereka,” katanya.

Dua ganjaran utama ditawarkan sepanjang kempen ini:

  • Baucar Tunai Balik RM8
    – Terhad kepada ahli Caltex Rewards yang berbelanja minimum RM40 untuk minyak dalam satu resit di stesen Caltex menggunakan fungsi “Pay” dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet (indoor). Baucar ini hanya diberikan kepada 15,000 transaksi pertama dan sah selama tujuh hari selepas ditebus.
  • Baucar Minyak RM5
    – Penjimatan segera RM5 untuk pembelian minyak melalui aplikasi CaltexGO dengan fungsi ‘Pump & Pay’. Terhad kepada 10,000 transaksi pertama dan sah sehingga 31 Disember 2025.

Untuk menebus ganjaran, pelanggan hanya perlu berada dalam radius 5 kilometer dari stesen Caltex, ketik ikon GOyang dalam aplikasi Touch ‘n Go, dan goncang telefon pintar mereka untuk mendapatkan baucar.

Kempen ini bukan sahaja menawarkan penjimatan serta ganjaran segera, malah mencerminkan usaha berterusan Caltex Malaysia dalam meningkatkan pengalaman pemanduan rakyat di seluruh negara.

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh didapati melalui laman web rasmi Caltex Malaysia di www.caltex.com/my.

Google ads
Back to top button