Artikel Pilihan

BERBALOI KE BELI SPARE PART “RECOND”?

Ramai pemilik kereta selalu pening apabila sampai masa untuk untuk menggantikan komponen kereta terutama kereta yang sudah melepasi masa jaminan 5 tahun atau 100,000km. Ada kedai kata komponen recondition dah cukup, ada member kata komponen second halfcut lagi jimat, tapi mekanik pulak cadang beli baru terus.

Persoalannya ialah mana satu pilihan paling bijak?

Jawapannya bergantung pada jenis komponen. Ada komponen yang boleh dikategorikan sebagai “sankaku item” (aspek keselamatan) dengan nyawa bergantung padanya, ada yang boleh tahan kalau recond sahaja, dan ada yang half-cut pun masih ok. Jom kita pecahkan ikut sistem utama kereta.

1. Sistem Brek merupakan komponen paling kritikal dalam operasi kenderaan. Brek berfungsi menghentikan kereta pada jarak selamat dengan menukar tenaga kinetik kepada tenaga haba. Jadi komponen brek akan terdedah pada isu panas. Nyawa penumpang dan pemandu bergantung pada brek.

Pelapik brek – Wajib baru. Pad second tak ada grip, bahaya bila kecemasan.
Cakera brek – Kalau nipis, pilihan menggantikan cakera baru adalah lebih baik. Skim pun ada hadnya
Hos brek – Wajib baru. Hose lama boleh kembang dan menyebabkan isu brake fade
Brake master pump – Boleh recond kalau bajet ketat, tapi kalau murah baik beli baru terus.

 2. Sistem Enjin – Enjin adalah jantung kereta dan sebarang kerosakan komponen boleh menyebabkan anda tersadai tepi jalan, buang masa, risiko bahaya dan risiko rugi ribuan ringgit.

Timing belt/ timing chain kit, tensioner & water pump – Wajib baru, sebarang kerosakan akan menyebabkan piston, valve, con-rod akan mengalami kerosakan teruk akibat pemasaan enjin yang salah.

Fuel pump- Kalau nasib kurang baik unit recond boleh rosak dan enjin boleh mati secara tiba-tiba.
Radiator– Boleh tampal kalau bocor, tapi untuk jangka masa lama elok tukar baru.
Thermostat – Harga baru murah. Kalau rosak baik tukar baru terus.

Alternator – Recond ok kalau kedai yang dipercayai sudah menukar bearing, brush, regulator. Tapi kalau nak ketenangan jiwa baik beli baru
Starter motor– Sama macam alternator, recond boleh.
Ignition coil & spark plug -Wajib baru. Kalau unit terpakai, biasanya komponen ini sudah lemah.

 3. Sistem Suspension & Steering -Bahagian ni tentukan keselesaan dan kawalan kereta serta bertindak mengasingkan pergerakan roda (unsprung mass) dengan cesi kenderaan. Ia juga menentukan kualiti pengendalian serta keselesaan.

Absorber– Unit recond ada yang mengisi semula gas sahaja dan kadangkala kerosakan disebabkan oleh valve. Beli baru lebih tahan.
Bush, mounting, rubber parts– Getah lama confirm keras atau retak. Lebih baik beli baru.

Wheel bearing & hub– komponen yang akan rosak bila cukup masa. Unit baru adalah lebih baik kerena kalau komponen ini rosak semasa pemanduan boleh menyebabkan risiko dan membahayakan
Power steering pump / rack → Unit recond boleh dicuba, tapi kena ada jaminan dari penjual

 5. Panel Body, Aksesori & Kosmetik – Bahagian ni lebih kepada rupa dan tidak mengganggu aspek keselamatan. Jadi tiada isu untuk menggunakan komponen terpakai, recond atau half-cut. Antaranya ialah kerangka pintu, bonet, bampar, lampu, dashboard dan trim panel ruang kabin

Terdapat 3 kategori komponen yang yang boleh dipertimbangkan samaada untuk beli baru, recond atau beli unit terpakai. Sekiranya komponen tersebut melibatkan komponen keselamatan yang mudah haus seperti tayar, brek, bearing, timing belt, timing chain atau absorber maka pembelian unit baru adalah jauh lebih baik

Bagi komponen elektrikal dan mekanikal seperti alternator, motor starter, aircond compressor dan steering pump anda boleh beli unit recondition tapi jika anda sedang menghadapi isu kewangan. Tapi pastikan anda menerima pengesahan jaminan secara bertulis daripada penjual terlebih dahulu

Bagi komponen yang tidak kritikal, bersifat kosmetik dan aksesori, membeli unit terpakai adalah jauh lebih jimat berbanding dengan membeli unit baru



Google ads
Back to top button