
10 TAHUN SEBAGAI PEMANDU GRAB, DISEKAT DAN HILANG MATA PENCARIAN
Kini, ekonomi gig seperti membuat penghantaran barang atau memandu Grab membolehkan orang ramai untuk menikmati waktu kerja yang fleksibel dan menjana pendaparan.
Namun baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang pengguna akaun Tiktok mendedahkan bapanya sudah menjadi pemandu Grab hampir selama 10 tahun. Namun, hanya kerana menerima aduan, Grab telah menyekat akaun Grab bapanya tanpa sebarang penjelasan.
Pengguna TikTok tersebut berkongsi bahawa bapanya telah memberi 200 peratus sepanjang 10 tahun bekerja sebagai pemandu Grab dan sering mendapat rating yang tinggi daripada penumpang.

Tetapi pada suatu hari, Grab ada menghubungi bertanyakan adakah pemandu tersebut masih ingat kejadian yang menyebabkan penumpang berasa tidak selesa. Namun, dia tidak mengingati kejadian itu.
Tidak lama kemudian, dia telah log keluar dari akaun Grab dan menerima emel daripada Grab. Dalam emel tersebut, dia diberitahu telah dikenakan sekatan secara kekal daripada menggunakan akaun Grab dan notifikasi “Kelakuan tidak menyenangkan” dipaparkan.
Grab didakwa memberitahu pemandu berkenaan ada berbual tentang topik yang tidak bersesuaian dengan penumpang. Ini termasuklah komen mengenai penampilan fizikal dan kerap bertanyakan soalan peribadi.
Memberi maklum balas terhadap hal tersebut, pengguna TikTok itu menulis mereka faham yang pemandu lebih berusia kadang-kala suka bertanya dan mungkin menyebabkan sesetengah orang menganggap ia sangat peribadi.
Ketika Grab berhubung dengan pemandu itu selepas beberapa hari setelah insiden tersebut berlaku, rakaman dashcam bersama bukti suara telah bagaimana pun telah di‘refreshed’.
GRAB TOLAK RAYUAN
Apabila tiada tindakan lanjut, pemandu itu menghantar rayuan kepada Grab. Dalam emel, dia tidak berbual dan bertanya sesuatu yang menyinggung perasaan penumpangnya.
Dia menzahirkan rasa kecewa dan membuat permohonan maaf. Apatah lagi dia sudah bekerja dengan Grab dalam tempoh yang lama dan tidak mempunyai sebarang masalah.
MERASA TIDAK ADIL
Pada Rabu (27 Julai), rayuan tersebut telah ditolak tanpa penjelasan lanjut. Sepanjang perkara ini berlangsung, pengguna TikTok tersebut bagaimanapun tidak mengetahui tentang maklumat yang lebih terperinci mengenai aduan yang dibuat.
Mereka meminta supaya orang awam untuk memberitahu kepada pemandu sekiranya terdapat percakapan atau pertanyaan yang dirasakan tidak selesa.
Pengguna TikTok itu menyatakan aduan yang remeh seperti ini menyebabkan bapanya berasa sangat sedih, kecewa dan hilang sumber pendapatan. Dia juga mengaku tidak mahu mendedahkan perkara ini di media sosial , tetapi terpaksa kerana berasa wujud ketidakadilan.
Jurucakap Grab memberi respon dengan mengatakan syarikat tidak bertolak ansur dengan sebarang tingkah laku yang tidak baik.
Jurucakap tersebut menambah, pemandu dan pasangannya, bersama penumpang didapati terlibat dalam “kelakuan tidak menyenangkan”. Selepas siasatan dibuat, pemandu digantung atau disekat daripada menggunakan platform tersebut.
Sudah pasti, hanya penumpang dan pemandu sahaja tahu apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan. Ini menyebabkan insiden sedemikian sukar untuk diselesaikan secara adil. Namun, hilang mata pencarian selepas bertahun-tahun dalam industri ini sudah tentu menyedihkan.
Apa saja yang berlaku, kita berharap pemandu akan belajar dari insiden ini dan mengelak daripada menyebabkan orang lain rasa tidak selesa.
- BACA: CATAT RUGI RM15.7 BILION, 2 EKSKUTIF KANAN GRAB LETAK JAWATAN
- BACA: GRAB CATAT KERUGIAN RM14.8 BILION PADA 2021. SAHAM JATUH HARGA TERENDAH RM12.09
- BACA: LEGENDA RALI NEGARA KARAMJIT NAK BELI KERETA BUAT GRAB, TERPAKSA JUAL KERETA SENDIRI
- BACA: SUPER APP AIRASIA BAKAL BERI SAINGAN PADA GRAB, GOJEK, WECHAT