Advertisements
Buletin

GWM GATEWAY PAMER SEJARAH, TEKNOLOGI DAN BARISAN MODEL TERKINI

Great Wall Motor (GWM) menganjurkan GWM Gateway di Piazza, Pavilion Bukit Jalil dari 20 hingga 22 November ini bagi memberi peluang kepada orang ramai mengenali sejarah, teknologi dan rangkaian produknya dengan lebih dekat.

Pameran itu mengetengahkan perjalanan GWM di peringkat global dan Malaysia, termasuk perkembangan daripada pengimport kenderaan kepada pemasangan tempatan.

Antara pencapaian yang diketengahkan ialah WEY G9 yang dipasang di Malaysia sebelum dieksport ke Thailand dan Indonesia.

Pengunjung turut berpeluang melihat barisan produk daripada empat jenama utama GWM iaitu ORA, HAVAL, WEY dan TANK. Antara model dipamerkan termasuk HAVAL H6 HEV, WEY G9 HEV dan PHEV, TANK 300 HEV serta TANK 500 HEV.

Turut menjadi tarikan ialah ORA 5 Hi2 HEV yang menggunakan sistem transmisi hibrid khusus dua kelajuan (DHT) bagi mengimbangi prestasi dan kecekapan bahan api tanpa memerlukan pengecasan luaran.

Selain itu, pameran berkenaan turut memperkenalkan teknologi hibrid Hi2 dan Hi4, struktur keselamatan badan kenderaan serta platform GUIYUAN yang memfokuskan aspek keselesaan dan ketersambungan.

GWM turut mempamerkan pratonton model HAVAL H7 Hi4 PHEV dan WEY V9X sebagai gambaran hala tuju produk masa depan, selain enjin H8, motosikal SOUO dan beberapa model konsep.

GWM Gateway dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari penganjuran itu.

Google ads
Back to top button