Advertisements
Buletin

JETOUR BUKA BILIK PAMERAN FLAGSHIP PERTAMA DI BERJAYA TIMES SQUARE

Berjaya Eco-Drive Sdn Bhd (Berjaya Eco-Drive) dengan kerjasama JETOUR Malaysia secara rasmi membuka bilik pameran flagship pertama jenama automotif itu di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pembukaan premis berkenaan menandakan langkah baharu Berjaya Eco-Drive dalam mengembangkan perniagaan automotifnya, selain memperkukuh kehadiran JETOUR di kawasan pusat bandar ibu negara.

Bilik pameran itu menyediakan ruang untuk pengunjung mengenali barisan model JETOUR yang ditawarkan di Malaysia, merangkumi Dashing, VT9, T1, T2 dan T2 i-DM.

Pemilihan Berjaya Times Square sebagai lokasi operasi dilihat strategik memandangkan kedudukannya yang mudah dikunjungi, selain mempunyai akses terus ke stesen Monorel Imbi dan terletak berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat barisan kenderaan JETOUR serta mendapatkan pengalaman pandu uji sepanjang tujuh hari seminggu, mengikut waktu operasi pusat beli-belah berkenaan.

Selain menawarkan jualan kenderaan, Berjaya Eco-Drive turut menyediakan kemudahan berkaitan pembiayaan sewa beli, insurans dan perkhidmatan selepas jualan di bawah satu bumbung.

Pengarah Berjaya Eco-Drive, Dato’ Tony Khor Chong Boon berkata, kerjasama dengan JETOUR merupakan pencapaian penting dalam usaha syarikat memperkukuh kedudukannya dalam industri automotif tempatan.

Menurutnya, kerjasama itu mencerminkan komitmen syarikat untuk menawarkan produk dan perkhidmatan automotif berkualiti kepada pengguna Malaysia.

Sementara itu, Naib Presiden JETOUR Malaysia, Nicholas Ng berkata, pemilihan Berjaya Eco-Drive sebagai rakan pengedar tempatan dibuat berdasarkan pengalaman, kedudukan kukuh serta kepercayaan pengguna terhadap Kumpulan Berjaya.

Beliau yakin kerjasama berkenaan mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak, selain menyumbang kepada perkembangan industri automotif tempatan.

Menerusi kerjasama strategik itu, Berjaya Eco-Drive bertindak sebagai pengedar sah JETOUR di Malaysia dengan menawarkan khidmat konsultasi jualan serta pengalaman pandu uji bagi rangkaian SUV dan kenderaan tenaga baharu jenama berkenaan.

Google ads
Back to top button