Advertisements
Buletin

GWM ORA 5 Hi2 HEV DILANCARKAN DI MALAYSIA – HARGA MULA RM106K

GWM Malaysia hari ini melancarkan GWM ORA 5 Hi2 HEV ke pasaran tempatan, membawa masuk sebuah SUV hibrid yang menggabungkan enjin hibrid turbo 1.5 liter dengan sistem elektrifikasi Hi2 Intelligent Hybrid Technology.

Model yang dipasang secara tempatan di kilang EP Manufacturing Bhd. (EPMB) ini menggunakan sistem rangkaian kuasa hibrid yang menghasilkan kuasa gabungan maksimum 223PS dan tork 476Nm.

Ia dipadankan dengan transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dua kelajuan bagi mengoptimumkan penghantaran kuasa serta kecekapan bahan api.

Untuk rekod, ORA 5 Hi2 HEV mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.7 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 180 km/j.

Sistem hibrid berkenaan turut menggunakan bateri lithium-ion berkapasiti 1.09kWh bersama motor elektrik segerak magnet kekal (PMSM). Penggunaan bahan api rasmi pula dicatatkan pada 4.4 liter bagi setiap 100 km mengikut kitaran NEDC, dengan jarak pemanduan keseluruhan sehingga 1,100 km.

Enjin petrol empat silinder 1,499cc dengan pengecas turbo itu menghasilkan kuasa maksimum 150PS dan tork 240Nm. Sementara itu, motor elektrik hadapan menawarkan kuasa maksimum 190PS dan tork 236Nm.

Dari segi reka bentuk, ORA 5 Hi2 HEV tampil dengan lampu utama LED berbentuk titisan air, lampu belakang penuh yang disepadukan pada bahagian badan serta rim aloi aerodinamik 18-inci.

Dari segi dimensi pula, SUV ini mempunyai ukuran panjang 4,471mm, lebar 1,833mm dan tinggi 1,641mm, dengan jarak roda 2,720mm.

Kapasiti ruang bagasi ialah 275 liter dan boleh diperluaskan sehingga 973 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Tangki bahan api pula berkapasiti 55 liter.

Masuk ke ruang kabin, model ini dilengkapi skrin infotainmen terapung bersaiz 15.6-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, selain sistem operasi COFFEE OS 3 serta kawalan suara.

Ia turut menerima panel instrumen digital 10.25-inci, sistem audio sembilan pembesar suara, pengecas telefon tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan serta bumbung panoramik berukuran 1.65 meter persegi dengan pelindung elektrik.

Antara kelengkapan keselesaan lain termasuk tempat duduk pemandu dengan pelarasan elektrik enam hala, fungsi memori dan ventilasi. Tempat duduk penumpang hadapan pula mempunyai pelarasan elektrik empat hala serta ventilasi.

Selain itu, ORA 5 Hi2 HEV turut menawarkan ruang penyimpanan berpenyejuk berkapasiti 3.2 liter, sebanyak 33 ruang penyimpanan praktikal serta pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna.

Bagi aspek keselamatan, model ini dilengkapi enam beg udara, kamera pandangan sekeliling 360 darjah dengan paparan casis lutsinar serta sistem bantuan pemanduan termaju Tahap 2 (ADAS).

Antara sistem yang disediakan termasuk Intelligent Cruise Assistant (ICA), Traffic Jam Assist (TJA), Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Centre Keeping (LCK), Blind Spot Monitoring (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Struktur badan pula menggunakan 76.16 peratus keluli berkekuatan tinggi, dengan bahagian tertentu menggunakan keluli hot-formed yang mempunyai kekuatan tegangan sehingga 2,000 MPa.

GWM ORA 5 Hi2 HEV ditawarkan dalam pilihan warna;

  • Emerald Green
  • Cliff White
  • Mountain Grey
  • Sun Black

Beralih pada harga pula, GWM ORA 5 Hi2 HEV ditawarkan pada harga bermula RM106,800.

Bagi meraikan pelancaran, GWM Malaysia memperkenalkan pakej eksklusif, iaitu;

  • Rebat RM5,000 terhad kepada 1,000 unit pertama didaftarkan atau pendaftaran selewat-lewatnya pada 31 Disember 2026.
  • Caj upah percuma bagi lima servis penyelenggaraan berjadual yang pertama.
  • Pelan pembiayaan daripada RM500 sebulan
  • Perkhidmatan telematik kenderaan percuma selama lima tahun kekal terhubung.

Selain itu, turut ditawarkan adalah Perlindungan Waranti Kenderaan;

  • Waranti  Keseluruhan Kenderaan: 6 tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti enin dan transmisi: 6 tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti bateri kuasa voltan tinggi: 8 tahun/180,000km yang mana dahulu

GALERI:

Google ads
Back to top button