Buletin

KASUT BUT SANGKUT PADA PEDAL. TRAK PIKAP MASUK KOLAM TADAHAN AIR

Pihak berkuasa Florida, Amerika Syarikat terpaksa menunda sebuah trak pikap yang termasuk ke dalam kolam tadahan air berdekatan mahkamah.

Ia berikutan but pemandu berkenaan tersangkut pada pedal minyak ketika hendak parkir sehingga memecut masuk ke dalam kolam terbabit.

Menurut Peronda Lebuh Raya Florida, lelaki berusia 64 tahun itu hendak parkir kenderaan di Pusat Kehakiman Pinellas di Clearwater sebelum kasut but tersangkut pada pedal minyak.

Ia mengakibatkan jentera memecut sekali gus merempuh pagar dan masuk ke dalam kolam tadahan air.

Pemandu berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan pegawai Pejabat Sheriff Daerah Pinellas dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Trak penunda telah dipanggil untuk menunda trak pikap berkenaan dari kolam itu. – agensi.

Google ads
Back to top button