Artikel PilihanBuletin

BUMBUNG TESLA MODEL S TERCABUT SEMASA DIPANDU – LAJU SANGAT ATAU KEROSAKAN FIZIKAL?

Sebuah Tesla Model S dilihat sedang bergerak sebelum bumbungnya tiba-tiba tercabut dan terbang melayang di China. Video tersebut kemudiannya mendapat perkongsian hangat di Weibo seterusnya menjadi antara video paling tular di China.

Tesla Model S tersebut sedang dipandu di lebuh raya sebelum bumbungnya tiba-tiba terbang melayang. Nasib baik juga ia tidak mengena mana-mana kenderaan ataupun pengguna jalan raya yang lain. Kalau tak memang panjang la ceritanya.

Sebaik sahaja video tersebut tular, Tesla mendedahkan yang mereka telah berhubung dengan pemilik Model S tersebut dan beliau mengaku bumbung kaca tersebut baru sahaja diganti oleh bengkel pihak ketika. Bengkel itu bagaimanapun juga sebuah bengkel yang diiktiraf oleh Tesla.

Walaupun belum dapat dipastikan puncanya tapi kemungkinan besar pelekat yang digunakan tidak mencukupi untuk melekatkan bumbung tersebut atau kemungkinan juga pelekat tersebut belum cukup kering. Boleh jadi jugak kan?

Tapi yang pasti ni bukan kali pertama bumbung Tesla tercabut dan terbang melayang. Enam minggu sebelumnya, satu lagi video juga tersebar menunjukkan sebuah Model Y tanpa bumbung selepas ianya tercabut sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik keluar dari bilik pameran. Hmm… silap bengkel jugak ke?

BACA: BUMPER BELAKANG TERCABUT SEWAKTU MEMANDU – TESLA MODEL 3 PULA TU

Google ads
Back to top button