Buletin

SKIM PEMBELIAN SEMULA TRAK PIKAP TACOMA, LELAKI TIPU PENGEDAR TOYOTA RM18.8 JUTA

Seorang lelaki dari Poca, West Virginia Amerika Syarikat mengaku bersalah atau tuduhan menganjurkan satu skim pembelian semula trak pikap Toyota Tacoma yang menyebabkan kerugian sebanyak AS$4.3 juta (RM18.8 juta). 

Stanley Clark mengaku melakukan transaksi pembelian semula di Love Lexus Toyota di St. Albans dan kini berdepan hukuman penjara selama 20 tahun. 

Bermula Mac 2008 hingga Disember 2015, Toyota ada menawarkan program pembelian semula trak pikap Tacoma yang mengalami masalah karat secara tidak normal.

Program itu membolehkan pengedar mendapat pengembalian wang penuh, manakala pemilik peribadi akan memperoleh 150 peratus daripada wang yang mereka telah bayar. 

Clark yang bertindak sebagai ketua vendor pihak ketiga ditugaskan untuk menguruskan program pembelian semula itu. Dia menggunakan sebuah pengedar Toyota di Kentucky untuk membeli trak berkenaan pada harga pukal.

Dia kemudian mengubah status menggunakan identiti yang dicuri dan menghantarnya ke Toyota untuk mendapatkan pulangan 150 peratus daripada Toyota. 

Pengedar Toyota yang menjadi mangsa penipuan dikatakan telah membeli sekitar 349 unit Tacoma daripada skim tersebut.  

Sebagai sebahagian daripada rayuan, Clark bertutuju untuk memulangkan sekurang-kurangnya separuh wang yang telah diambilnya.   

Tiga orang lagi rakan subahat Clark bakal dibicarakan dalam masa terdekat. 

Tags
Google ads
Back to top button