Buletin

FARIZON FX – TRAK PIKAP ANEH BUATAN GEELY. GUNA PLATFORM BOYUE PRO (PROTON X70)

Farizon ialah satu jenama di bawah Geely Commercial,  divisyen kenderaan komersial Geely. Sama seperti setiap pembuat kenderaan komersial di China, mereka ingin mahu mahu ke dalam segmen kereta penumpang. 

Tahun lalu, Farizon melancarkan sebuah trak pikap elektrik dikenali sebagai G300EV atau Farizon FX. Ia sepatutnya menjadi sebuah kenderaan yang ringkas sahaja, tetapi lain pula hasilnya. 

Farizon FX kini disifatkan sebagai kenderaan paling pelik di China pada tahun ini. Tahniah Geely, anda sudah kembali ke zaman di mana sering menghasilkan kereta-kereta yang pelik. 

Apa sebenarnya Farizon FX ini? Ia sebenarnya sebuah trak pikap dengan enjin petrol yang dibina berasaskan kepada model SUV Geely Boyue Pro, ala Proton X70 tu lah. Jentera itu mempunyai persamaan sehingga ke tiang D dan tapak rodanya juga tidak berubah. 

Bahagian hadapannya menerima rekaan baharu dan pastinya sebagai sebuah trak pikap, ia mempunyai ruang kargo di belakang. Sebab itulah Farizon FX kelihatan sangat aneh. Seperti yang boleh dilihat, terdapat panel badan pelik di antara tiang C dengan kargo bed. 

Lantai kargo itu pula dikatakan diperbuat daripada kayu palsu. Keseluruhan ruang tersebut boleh ditutup menggunakan penutup yang ditarik secara manual. Saiz bed itu ialah 1125/1230/460mm, tidaklah terlalu besar sebenarnya. 

Farizon FX menggunakan enjin turbo 1.8 liter berkuasa 184 yang sama seperti Boyue Pro. Kelajuan maksimum yang mampu dicatat ialah sekitar 150km/j. Berdasarkan kepada foto PR, jentera itu disasarkan untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan mungkin gemar beriadah. 

Geely Commercial menawarkan Farizon FX pada harga agak mahal iaitu bermula 126,900 (RM77,000) sehingga 136,900 yuan (RM83,200) seunit. 

Konsep menukar kenderaan penumpang menjadi trak pikap sebenarnya bukanlah baru buat Geely. Pada awal tahun 2000, Geely ada menghasilkan mini trak pikap daripada model hatchback Haoqing. – CarNewsChina.com

GALERI

Google ads
Back to top button