Buletin

GWM MULA PRODUKSI ORA DI KILANG RAYONG, THAILAND

Great Wall Motor (GWM) China telah memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) Ora di sebuah kilang di Rayong, Thailand yang sebelum ini dimiliki oleh General Motors (GM).

Ini penting bagi pembuat kereta China itu kerana ia mendakwa GWM Ora ialah EV yang dihasilkan secara besar-besaran di luar China dan pada masa sama, GWM Ora akan terus dikeluarkan di China juga.

Kilang Rayong, Thailand sebelum ini mengeluarkan Holden Colorado dan Trailblazer (née Colorado 7) sebelum GM menjualnya kepada GWM pada 2020.

Pada 2021 GWM mula mengeluarkan H6 Hybrid di kilang Rayong dan menurut CarExpert, seperti Ora, model H6 Hybrid pasaran Australia kini diperoleh dari China.

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, GWM Ora kini merupakan EV paling berpatutan di Australia berkat diskaun masa terhad.

GWM Australia kini menawarkan diskaun AS$4,000 (RM18,868) untuk semua varian Ora model tahun 2023 yang ditempah dan dihantar sebelum 31 Mac.

Google ads
Back to top button