
GWM TANK 500. 510HP, LEBIH BESAR DARIPADA LAND CRUISER PRADO
Great Wall Motors (GWM) dilihat semakin serius untuk membangunkan jenama Tank apabila memperkenalkan model SUV bersaiz besar itu pada acara Chengdu Auto Show 2021.
Dikenali sebagai Tank 500, ia tampil dengan perkadaran sebuah s4x dengan girl krom bersaiz besar dan rekaan fender yang maskular. Dari segi dimensi, jentera itu sepanjang 5,070mm, lebar 1,834mm, tinggi 1,905mm dengan tapak roda 2,850mm. Ini membuatkannya lebih besar berbanding pesaing lain seperti Toyota Land Cruiser Prado.
Tank 500 dibina berasaskan kepada chasis badan di atas kerangka, dilengkapi sistem suspensi jenis coil-spring bersama lock differential pada bahagian hadapan dan belakang. Sepeti yang dijangka, SUV berkenaan menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 224mm, keupayaan mengharung air sedalam 800mm dan sudut melalui laluan off-road 29.6 darjah.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 turbo dengan sistem mild-hybrid 48V yang mampu menjana 349hp dan tork 50Nm. Kuasa tersebut disalurkan ke semua roda menerusi kotak gear 9-kelajuan automatik yang dibangunkan sendiri oleh Tank.
Enjin itu juga bertindak sebagai asas kepada sistem hibrid yang didakwa mampu menghasilkan kuasa sehingga 510hp dan tork 750Nm. Tidak dapat dipastikan sama ada rangkaian kuasa itu akan digunakan pada Tank 500 atau dikhaskan untuk model lebih besar iaitu Tank 700 dan 800.
Tank dijangka memperkenalkan varian kurang berkuasa yang menggunakan enjin 2.0 liter petrol dan diesel bersesaran 2.4 liter.

Ruang kabin Tank nampak mewah dengan pelbagai ciri premium. Papan pemuka dipasang dengan skrin infohibur bersaiz 14.6 inci. Manakala skrin kluster instrumen di belakang stereng pula bersaiz 12.3 inci. Bahagian dalaman tersebut menggunakan upholsteri dan material berkualiti tinggi.
Konsol tengah dihuni oleh tuil gear yang kelihatan seperti Volvo, di samping dial dan butang kawalan yang mudah untuk dioperasi. Sebuah jam analog berbentuk bulat pula diapit oleh sepasang corong pendingin hawa bersama butang kawalan yang kelihatan mahal.
Tank 500 mempunyai tiga baris tempat duduk yang boleh menempatkan sehingga tujuh orang penumpang. GWM masih belum mengumumkan harga Tank 500, tetapi media China menganggarkan ia akan ditawarkan pada harga sekitar 300,000 yuan (RM193,000) seunit.
- BACA: GREAT WALL DEDAH LAKARAN TANK 600. 349HP, NAK LAWAN TOYOTA LAND CRUISER PRADO
- BACA: PESARA SIMPAN KERETA KEBAL PANTHER PERANG DUNIA KEDUA. PEGUAM ‘PENING KEPALA’ DI MAHKAMAH
- BACA: ADAKAH MINYAK ENJIN ANDA ADA KELULUSAN ILSAC GF-5/ GF-6?
- BACA: JURUTERBANG DIGANTUNG LESEN. LELAKI DITERBANGKAN BAWAH HELIKOPTER GUNA DUCT TAPE
GALERI