
GREAT WALL DEDAH LAKARAN TANK 600. 349HP, NAK LAWAN TOYOTA LAND CRUISER PRADO
Pengeluar kenderaan dari China, Great Wall Motors (GWM) baru-baru ini mendedahkan beberapa keping foto lakaran yang menunjukkan SUV bersaiz besar mereka dikenali sebagai Tank 600.
Tank 600 dijangka diproduksi pada hujung tahun ini. Ia akan diposisikan di atas model keluaran GWM iaitu Tank 300 dan bawah model Tank 700 dan Tank 800.
Ruang kabin SUV itu dikatakan sedikit besar berbanding Lan Crusiser Prado. Lebih spesifik lagi, dimensinya ialah 1,934mm lebar, 1,905mm tinggi dengan tapak roda mencecah 2,850mm.

Dimensi itu menjadikannya lebih besar daripada Hawal H9. Ia juga akan dibina agar lebih premium, luas dan mewah seperti yang boleh dilihat pada gril bersaiz besar serta lampu LED sepenuhnya.
Tank 600 akan menggunakan enjin 2.0 liter, 2.4 liter, 3.0 liter dan mungkin versi hibrid ditawarkan. Enjin 3.0 liter turbo didakwa mampu menjana kuasa mencecah 349hp dan tork 500Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke semua roda menerusi kotak gear automatik 9 kelajuan.
GWM mensasarkan untik menghasilkan 60,000 unit Tank 600 setahun.
- BACA: GM KELUAR PASARAN THAILAND. JUAL KILANG KEPADA GREAT WALL MOTORS
- BACA: GWM LANCAR TRAK PIKAP CANNON DI AUSTRALIA. HARGA MURAH, SPECS LAGI PADU DARIPADA HILUX, RANGER & D-MAX
- BACA: AWAS! FORD BRONCO TIRUAN BAKAL MUNCUL DARI CHINA – BIASA LA KAN
- BACA: SUV KOMPAK : APA PILIHAN YANG KITA ADA?
GALERI