Buletin

GWM RASMI LANCAR TANK 500. MILD-HYBRID V6, 349HP, BERMULA RM221K

Selepas membuat penampilan sulung pada acara Cengdu Auto Show Ogos tahun lalu, Great Wall Motors (GWM) akhirnya melancarkan SUV Tank 500 ke pasaran China.

Pengenalan tersebut menambah pilihan buat pengguna yang kini sudah boleh membeli Tank 300 yang lebih kecil atau varian lebih besar iaitu Tank 700 dan Tank 800.

Diposisikan sebagai pencabar Toyota Land Cruiser Prado, Tank 500 sepanjang 5,070mm, 1,934mm lebar dan 1,905mm tinggi bersama tapak roda 2,850mm. Ia didatangkan dalam konfigurasi lima dan tujuh tempat duduk.

Semua varian menggunakan khidmat enjin turbo V6 bersesaran 3.0 liter bersama sistem mild-hybrid 48 volt. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecag 349hp dan tork 500Nm dengan pecuran 0-100km/j dalam masa 7.3 saat.  

Penggunaan bahan api pula sekitar 10.7 liter bagi setiap 100km.

Dengan rekaan luaran yang mengancam, ruang kabin SUV itu juga cukup mewah. Ia dilengkapi skrin infohibur bersaiz 14.6 inci dan meter kluster 12.3 inci. Kemasan kayu dapat dilihar pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah.

Pelanggan boleh memilih kulit dua tona untuk ruang tersebut. Ciri-ciri lain yang ada termasuklah jam analog dan kemasan besi.

Media China melaporkan bahawa Tank 500 hadir dalam beberapa versi seperti Business Edition, Sports Edition, Black Warrior Edition dan Customized. Harga pula bermula 335,000 yuan (RM221,500) sehingga 395,000 yuan (RM261,000) seunit.  

GALERI

Google ads
Back to top button