Buletin

GWM MALAYSIA TAWAR REBAT SEHINGGA RM20,000, WALL MOUNT CHARGER PERCUMA

Sempena Tahun Baharu Cina, GWM Malaysia menawarkan promosi eksklusif, rebat sehingga RM20,000 untuk ORA GOOD CAT.

Menurutnya, tawaran rebat berkenaan menjadikan kenderaan elektrik ORA GOOD CAT lebih mudah diakses, menggabungkan inovasi dengan kemampuan.

Selain itu, GWM Malaysia turut menawarkan wall mount charger percuma bernilai RM5,500 bagi setiap pembelian ORA GOOD CAT, sekaligus meningkatkan pengalaman pemilikan.

“Kami mengalu-alukan Tahun Naga yang bertuah, GWM Malaysia teruja untuk berkongsi kegembiraan dengan pelanggan kami melalui promosi istimewa Tahun Baru Cina ini,” kata Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi.

“Kami percaya dalam menjadikan pengangkutan yang mampan, futuristik boleh diakses kepada semua orang dan tawaran eksklusif ini mencerminkan komitmen kami terhadap visi itu.”

Promosi ini sah dari sekarang hingga 29 Februari, memberikan pelanggan masa yang mencukupi untuk mengambil kesempatan daripada penjimatan dan faedah luar biasa.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyambut tahun baharu dengan ORA GOOD CAT, kenderaan elektrik yang mesra dan bergaya.

Google ads
Back to top button