
GREAT WALL MOTOR RANCANG LABUR RM2.8 BILION UNTUK EV DI THAILAND
Great Wall Motor (GWM) merancang untuk melabur sejumlah AS$62.5 juta (RM2.8 bilion) dalam pembuatan EV, alat ganti EV serta infrastruktur EV di Thailand.
Pada tahun 2020, GWM telah pun melabur sebanyak AS$3.3 bilion (RM15 bilion) untuk meningkatkan pengeluaran EV di Thailand selepas membina kilang pemasangannya di sana.
Hasil subsidi diberikan oleh kerajaan Thailand untuk kenderaan EV, jualan GWM Thailand berjaya mengatasi ramalan dengan mencatatkan jumlah sebanyak 11,796 unit, berbanding jangkaan Persekutuan Industri Thai sebelum ini iaitu 10,000 unit.

Bagi infrastruktur pengecasan, sejumlah 12,000 stesen pengecasan pantas akan dibina di seluruh Thailand menjelang 2030.
Industri automotif di Thailand sebenarnya jauh lebih maju daripada di negara-negara lain di ASEAN.
Disember lalu, Syarikat Ford Motor membuat pelaburan tunggal terbesar di Thailand untuk memodenkan kemudahan pembuatannya di sana. Pelaburan tersebut mencecah AS$900 juta (RM4 bilion), termasuk menyediakan teknologi serta sistem baharu untuk menyokong pengeluaran trak pikap Ranger generasi seterusnya dan SUV Everest.
Bangkok Post melaporkan pada Oktober lalu bahawa Mercedes-Benz Thailand juga sedang berbincang dengan Lembaga Pelaburan (BoI) mengenai projek EV baharu. Ia akan memberi tumpuan untuk menghasilkan EV mewah di Thailand, berikutan projek pelaburan termasuk tapak pemasangan bateri baharu untuk EV hibrid plug-in (PHEV) telah diluluskan.
BYD juga telah mendapatkan tanah di Estet WHA Rayong 36 di wilayah Rayong, timur Thailand dan merancang untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 150,000 unit EV di sana. Projek yang bernilai AS$491.5 juta (RM2.2 bilion) itu telah diluluskan oleh BoI pada Ogos 2022.
Menurut Jabatan Eksais Thailand, 10 pengeluar EV telah mendaftar untuk skim subsidi EV kerajaan, termasuk pengeluar motosikal Thai Honda. Skim tersebut berjumlah AS$80.8 juta (RM3.6 bilion) dan berjalan sehingga 2025.
Neta yang berpangkalan di China turut dijangka akan menandatangani perjanjian serupa dengan BoI pada bulan ini.
- BACA: DEMI BYD ATTO 3, PEMBELI DI THAILAND SANGGUP BERATUR SEAWAL 8 MALAM. DAH MACAM BELI IPHONE
- BACA: BERMAZ AUTO LANCAR VARIAN MAZDA CX-3 1.5L & 2.0L CORE 2022. CBU THAILAND, BERMULA RM108K
- BACA: PROTON SAH JADI PENGEDAR KENDERAAN SMART DI MALAYSIA DAN THAILAND. MULA JUAL Q4 2023
- BACA: THAILAND MAHU PINJAM RM2.5 BILION TAMBAH SUBSIDI MINYAK NEGARA