
PUSAT SERVIS 4S GWM KUCHING RASMI DIBUKA, PERTAMA DI MALAYSIA TIMUR
GWM Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan pusat servis 4S pertama di Malaysia Timur yang terletak di Jalan Mendu, Kuching, Sarawak.
Dengan kerjasama rakan kongsi pengedar YLH Autoworld Sdn Bhd, ini merupakan pengembangan penting rangkaian pengedar GWM untuk memenuhi keperluan semua pelanggan di kawasan Malaysia Timur.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, “Bilik pameran Kuching akan memainkan peranan sebagai penghubung penting antara Great Wall Motor dan Kuching, Sarawak dalam usaha kami memperluaskan capaian.”
“Rangkaian saluran kami semakin berkembang dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur dan setiap pelancaran produk kami dikaji dengan teliti sebagai tindak balas kepada permintaan pasaran.”
“Pada bulan Oktober tahun ini, kami mengukuhkan pelan kerjasama untuk pemasangan tempatan CKD dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB),” tambahnya lagi.
Sebagai pusat servis 4S pertama di Malaysia Timur, pusat servis 4S Kuching menawarkan perkhidmatan jualan, servis, penyelenggaraan, dan alat ganti.

Dengan keluasan 1,700 meter persegi, kemudahan ini termasuk bilik pameran seluas 550 meter persegi yang dibina khusus untuk menampung pelbagai model GWM.
Bengkel pusat servis pula memiliki keluasan 492 meter persegi dengan 10 ruang kerja dan 2 ruang basuh bagi memastikan penyelenggaraan yang cekap.
Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web GWM Malaysia www.gwm.com.my atau pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran GWM baharu di Kuching.
- BACA: EPMB-GWM MALAYSIA JALIN KERJASAMA – PASANG MODEL GWM TERPILIH SECARA TEMPATAN
- BACA: BELI ORA GOOD CAT DENGAN PELAN PENUKARAN MUDAH GWM MALAYSIA
- BACA: GWM TAWAR KENDERAAN TENAGA BAHARU, TEKNOLOGI PINTAR TERKINI DI MALAYSIA, BUKAN SEKADAR MAMPU MILIK
- BACA: GWM CANNON KINI TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, 66 UNIT TERSEDIA, ANGGARAN HARGA RM127K