Buletin

RAI KEJAYAAN MOTOGP DAN WORLDSBK, DUCATI BINA PANIGALE V4 DAN PANIGALE V4 R ISTIMEWA. TERHAD 260 UNIT SETIAP SATU

2022 merupakan satu tahun yang baik buat Ducati kerana berjaya menjuarai MotoGP dan WorldSBK. Bagi meraikan kejayaan tersebut, Ducati mengumumkan dua siri superbike untuk dijadikan koleksi.

Jentera Panigale V4 dan Panigale V4 R didedahkan dalam satu sidang akhbar bagi meraikan kemenangan berganda yang bersejarah itu bersama peminat-peminat Ducati.

Dua siri istimewa yang diasaskan dari Panigale V4 S itu hadir livery Pacco Bagnaia #63 dan Alvaro Bautista #19. Setiap motosikal dalam siri ini mendapat autograf khas penunggang tersebut pada tangki.

Sama seperti jentera lumba, Panigale V4 2022 didatangkan dalam konfigurasi tempat duduk tunggal, manakala nama dan nombor ditempa menggunakan laser.

Ciri teknikal yang ada pada kedua-dua jentera berkenaan termasuklah klac kering STM-EVO SBK, peredam ekzos Akrapovic (2kg lebih ringan), brek Brembo Stylema R dengan silinder MCS dan pelaras kawalan jauh, pemijak kaki aluminium Rizoma serta cermin plexi perlumbaan.

Jentera edisi khas itu mendapat rupa unik pada pelindung ekzos, alternator, fender depan belakang dan corong udara untuk brek. Semua komponen itu menggunakan gentian karbon dan digabungkan dengan titanium.

Untuk tampil lebih eksklusif, ia akan diserahkan bersama grafik khas, sijil ketulenan, pelindung motosikal kustom serta sistem analisis Ducati Data Analyser+.

Hanya 260 unit untuk setiap siri akan dikeluarkan, bersempena dengan tahun syarikat Bolognese diasaskan iaitu pada tahun 1926.

Google ads
"
"
Back to top button