
HARLEY-DAVIDSON HENTI SEMENTARA PRODUKSI MOTOSIKAL AKIBAT MASALAH BEKALAN
Harley-Davidson dalam satu kenyataan mengumumkan kesemua operasi pemasangan dan penghantaran model selain LiveWire akan dihentikan selama dua minggu akibat masalah bekalan yang semakin meruncing.
Masalah ini melibatkan operasi di kedua-dua buah kilang Harley-Davidson yang terletak di Menomonee Falls, Winconsin dan York, Pennsylvania.
Keputusan itu dibuat berdasarkan informasi yang diberikan oleh pembekal pihak ketiga berkenaan perkara pematuhan undang-undang berkaitan dengan bahagian komponen pembekal.
Kenyataan tersebut nampaknya tidak mendedahkan secara terperinci sebab sebenar di sebalik isu tersebut, atau menamakan mana-mana pihak pembekal atau komponen yang terjejas.
Namun dalam satu laporan yang berbeza oleh Fox43, keputusan untuk menghentikan produksi motosikal itu dikatakan akan berkekalan untuk satu tempoh yang tidak pasti. – RideApart