
HARLEY-DAVIDSON MODEL 2026 TIBA DI MALAYSIA – DARI RM112,000
Barisan model keluaran 2026 Harley-Davidson telah pun mendarat di Malaysia dan diterajui dengan Road Glide Limiited Edition dengan harga bermula RM213,000.
Turut dilancarkan adalah Street Glide Limited yang dijual dengan harga RM207,000 diikuti Road Glide (model asas) RM193,000 dan Street Glide (model asas) RM178,000.
Kesemua model ini dikuasakan enjin 1,977cc Milwaukee Eight V-Twin dengan teknologi variable valve yang berupaya menjana 107hp.

Sementara itu, turut debut di Malaysia adalah Low Rider S yang boleh didapati dengan harga jualan RM126,000 sementara Low Ride ST yang tampil dengan fairing depan yang lebih lebar dijual dengan harga RM139,000. Kedua-dua model ini dikuasakan enjin V-Twin 1,923cc Milwaukee Eight High Output.
Dalam pada itu, model Breakout dengan 103hp pula dijual dengan harga RM134,000 dan menawarkan enjin V-Twin Milwaukee Eight 117 Custom. Ini adalah unit sama yang terdapat pada model Fat Boy yang ditawarkan dengan harga RM137,000.
Bagi Street Bob pula dijual dengan harga RM112,000 dan menawarkan 91hp dari yang terhasil dari enjin V-Twin Milwaukee Eight Classic.







