Buletin

HARLEY-DAVIDSON SIERRA. TRAK PIKAP GMC EDISI TERHAD. HARGA RM406K

Harley-Davidson telah menjalin kolaborasi dengan General Motors Company (GMC) untuk menghasilkan trak pikap Harley-Davidson Sierra edisi terhad. Ini merupakan hasil kerjasama pertama di antara dua jenama terkemuka Amerika Syarikat itu.  

Model itu terhad kepada 250 unit sahaja setahun. Menggalas tanggungjawab meningkatkan prestasi trak pikap tersebut, Tuscany Moto Co. dilantik selaku firma talaan.  

Mereka dilapor telah memasang 65 komponen unik pada trak itu. Antara ciri istimewa Harley-Davidson Sierra ialah logo dan kemasan tulisan Harley Davidson pada bampar bahagian atas bonet belakang.

Ruang dalamannya pula didatangkan dengan kemasan benang berwarna oren pada kerusi kulit berwarna hitam. Lencana Harley-Davidson turut dilekatkan bagi menghiasi ruang dalamannya.

Trak pikap itu kemudian dihias dengan rim 22-inci daripada Mammoth. Ia direka supaya kelihatan iras seperti model Harley-Davidson Fatboy. Rim tersebut dibalut oleh tayar off-roadbersaiz 35-inci!

Keistimewaan Harley-Davidson Sierra terletak pada sistem suspensi Fox yang ditala oleh Tuscany Motor Co.

Jentera itu kemudian dijana oleh enjin V8. Turut dipadankan dengan trak ini adalah kemasan garisan aluminium berwarna oren pada hujung ekzosnya.  

Trak pikap itu juga dilengkapi barisan lampu LED pada bampar hadapan dan sistem lampu integrasi.

Penggunaan jenama Harley-Davidson membuatkannya harga jadi lebih premium. Harley-Davidson Sierra ditawarkan di pasaran AS pada harga bermula $94,995 (RM406,000) seunit.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button