Artikel PilihanMotosikal

10 SEBAB KENAPA RIDER HARLEY TAK LAMBAI TANGAN KAT KAU…

Kalau kau biasa ride motor besar, biasanya semua akan berada dalam kelompok masing-masing. Harley dengan geng Harley, Ducati dengan puak dia, BMW kelompok dia dan motor Jepun dengan geng dia agak boleh bercampur sikit.

Tapi motor-motor bangsawan ni biasa dia punya perangai agak lain sikit. Kadang-kadang kau dah lambai tapi dia buat tak tahu, mentang-mentang masa tu ride Ninja 250 padahal sebenarnya kat rumah ada je H2R berkuasa nuklear

Jadi, kat sini kami senaraikan kenapa rider Harley tak balas balik lambaian tangan kau.

Harap kau tak kecik hati dan kepada rider Harley, ok.. tenang-tenang kitorang bergurau sekali sekala ni…

10 SEBAB KENAPA RIDER HARLEY TAK LAMBAI TANGAN

  1. Takut kalau lambai tangan akan menjejaskan waranti motosikal mereka.
  2. Pakaian yang dipakai (jaket kulit, boot kulit, semua berat) ia berat dan susah nak angkat tangan.
  3. Takut kalau lambai tangan nanti terpaksa lepaskan bar hendal, nanti bergegar kuat susah nak kawal…
  4. Sebab tak larat nak lambai dah, 2 hari 2 malam sebelumnya tak berhenti polish bahagian krom kat motor.
  5. Bengang dan masih marah sebab bayar motor mahal tapi enjin dia panas sampai boleh goreng betis…
  6. Dia marah sebab semua cruiser nak tiru Harley, apa lagi kalau yang melambai tu Honda Shadow.
  7. Mungkin dia tak perasan kau lambai kat dia sebab mungkin dia ingat kau tutup telinga sebab ekzos Harley semuanya tak ada yang bunyi slow kan?
  8. Dia dah lambai sebenarnya, tapi angkat tangan tu macam nampak tak nampak sebab bar hendal pun dah sama tinggi tiang lampu jalan.
  9. Rider harley tu tak perasan kau lambai sebab tengah khusyuk dengan radio lagu Awie.
  10. Kau bawak Demak memang la… sekali servis Harley boleh beli motor kau sebijik.
Google ads
Back to top button