Buletin

GARUDA INDONESIA PECAT CEO KERANA SELUDUP HARLEY-DAVIDSON DAN BASIKAL LIPAT

Syarikat penerbangan Garuda Indonesia dilapor telah memecat Ketua Pegawai Eksekutifnya kerana didakwa menyeludup sebuah motosikal Harley-Davidson vintaj dan dua buah basikal lipat Brompton.

Ari Ashkara melakukan kesalahan itu kerana hendak mengelak daripada membayar cukai kastam. Motosikal itu dikatakan dibawa masuk ke Indonesia dari Toulouse, Perancis menggunakan pesawat Airbus A330-900 baharu milik Garuda.   

Ketika terbang ke Jakarta, pesawat itu hanya membawa para eksekutif dan kakitangan Garuda sahaja.

Selain Ashkara, empat orang pengarah turut digantung tugas kerana mungkin terlibat dalam jenayah itu.

Mengikut harga di pasaran Indonesia, motosikal Harley-Davidson berharga di antara 200 juta (RM59,000) hingga 800 juta rupiah (RM237,000). Sementara basikal lipat Brompton pula berharga 50 juta (RM14,800) hingga 60 juta rupiah (RM17,700) seunit.

Jadi, Askhara didakwa mengelak cukai kastam sehingga 1.5 bilion rupiah (RM439,000). Indonesia mengenakan cukai duti import 60 hingga 125 peratus ke atas motosikal mewah. Beliau tidak memberi sebarang maklum balas terhadap tuduhan itu.

Walaupun masih jelas adakah Askhara akan meninggalkan terus jawatan itu, Menteri Pengangkutan Indonesia dilapor telah melantik Ketua Pegawai Kewangan Garuda, Fuad Rizal untuk menjadi pemangku CEO.  

Kerajaan Indonesia juga mendenda Garuda dalam satu jumlah yang tidak dinyatakan kerana syarikat penerbangan itu ‘membawa barangan yang tidak dimasukkan ke dalam senarai kargo’.

sumber: Business Insider

Google ads
Back to top button