Artikel Pilihan

FERRARI GANTUNG PENGELUARAN HINGGA PENGHUJUNG MAC AKIBAT KRISIS COVID-19

Langkah terbaru Ferrari ini memang sudah dijangka berikutan wabak coronavirus yang sedang melanda dunia ketika ini. Itali menerima impak yang paling terus menyebabkan banyak syarikat termasuk Lamborghini sudah bertindak menghentikan operasi lebih awal.

Kesemua pengeluaran di Maranello dan Modena dihentikan serta merta begitu juga dengan operasi pasukan Formula 1 sehinggalah ke penghujung Mac ini. Keadaan yang semakin teruk di Itali menyebabkan pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung untuk mengawal situasi.

COVID-19 sudah meragut lebih 1,000 nyawa di Itali dan menjangkiti lebih 15,113 individu membuatkan 10 buah bandar di utara Itali diletakkan dalam perintah berkurung sejak dua minggu lalu.

Ferrari mengambil tindakan menghentikan operasi pengeluaran buat sementara waktu dan pada masa yang sama memastikan semua pekerja mereka berada dalam keadaan selamat pada masa ini.

Dalam satu kenyataan Ferrari menyebut yang bahagian selain dari pembuatan masih beroperasi seperti biasa manakala bahagian lain direhatkan sehingga 27 Mac ini.

CEO Ferrari Louis Camilleri berkata beliau amat berterima kasih semua pekerja kerana masih bertugas dengan penuh komitmen walaupun ketika Itali dilanda wabak coronavirus. Sebagai menghargai kesungguhan dan kesetiaan mereka langkah ini diambil untuk kebaikan semua pihak dan mengurangkan kerisauan ahli keluarga jika mereka masih keluar berkerja dalam situasi yang semakin kritikal.

Camilleri turut menegaskan yang pelanggan masih merupakan keutamaan mereka dan sebaik sahaja keadaan membenarkan, mereka akan kembali beroperasi dengan secepat mungkin.

Musim F1 2020 juga telah dilewatkan sehingga seawal Mac selepas empat pusingan awal di Australia, Bahrain, China dan Vietnam dibatalkan akibat coronavirus yang kini diklasifikasikan sebagai pandemik.

Google ads
Back to top button