Buletin

HENTI KERETA API BELI YOGURT. PEMANDU KENA GANTUNG KERJA

Seorang pemandu kereta api antara bandar di Pakistan telah digantung kerja selepas dia membuat perhentian tidak berjadual untuk membeli yogurt.

Video pembantu pemandu mengambil makanan terbabit dari gerai jalan sebelum naik semula ke gerabak tular di media sosial.

Insiden pada hari Isnin itu menimbulkan persoalan tentang keselamatan dan peraturan kereta api di Pakistan apatah lagi apabila kemalangan merupakan perkara biasa disebabkan salah urus dan pengabaian.

“Apabila anda memberhentikan kereta api di tengah landansan, ia menjadi isu keselamatan.

“Keselamatan merupakan keutamaan kami. Justeru, tiada tolak ansur melibatkan perkara yang menjejaskan aspek keselamatan,” kata jurucakap kementerian landasan kereta api, Syed Ijaz-ul-Hassan Shah pada AFP.

Ketika kejadian, kereta api itu dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.

Dalam pada itu, Menteri Landasan Kereta Api, Azam Khan Swati memberi amaran bahawa mana-mana pihak tidak dibenarkan sama sekali menggunakan aset negara untuk kegunaan peribadi. – msnnews

Google ads
Back to top button