DEMI CONTENT MEDIA SOSIAL, REMAJA DIREMPUH KERETA API DI INDIA. NASIB BAIK TAK MENINGGAL
Seorang remaja di India dirempuh kereta api ketika merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial, lapor akhbar New York Post semalam.
Menurut laporan tempatan, pelajar kejuruteraan itu tidak mengendahkan amaran pekerja kereta api yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pada masa tersebut.
Menerusi rakaman kejadian, remaja itu dilihat berjalan di sepanjang laluan kereta api ke arah kamera. Sebuah kereta api dilihat datang dari arah belakangnya.
Rakan Akshay yang merakam video itu cuba memberi amaran kepadanya. Bagaimanapun, keadaan sudah terlambat apabila kereta api itu melanggar bahu remaja berkenaan, lantas menyebabkan dia terjatuh ke tanah sebelum rakannya bergegas membantunya.
Klip video itu berakhir dengan Akshay bangun untuk berdiri dengan keadaan darah keluar dari telinganya.
Polis kereta api membawa remaja tersebut ke hospital dan dia mengalami beberapa kecederaan pada muka dan patah kaki akibat kemalangan itu. – AGENSI
- BACA: KERETA API BAWA MUATAN FORD F-150 TERGELINCIR.BERAPA UNIT YANG MUSNAH TU?
- BACA: POTONG GAJI DREBAR KERETA API RM2, BOS KENA SAMAN RM80K
- BACA: KERETA API LAJU JAKARTA-BANDUNG KALIS PETIR, GEMPA BUMI, ANGIN KENCANG, HUJAN LEBAT
- BACA: LALUAN KERETA API SEJAUH 1,000KM DIBUKA. LAOS MUNGKIN DIJERAT HUTANG CHINA