Buletin

SEMPADAN THAILAND-KEMBOJA BAKAL ADA KERETA API BERKELAJUAN TINGGI. KOS NAIK TARAF RM16.9 BILION

Kemboja memerlukan lebih AS$4 bilion (RM16.9 bilion) untuk menaik taraf landasan kereta api sedia ada di utara Phnom Penh-Poipet.

Selain landasan, Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan Kemboja juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR).

Buat masa ini, Perbadanan Jalan dan Jambatan China (CRBC) telah membentangkan laporan awal kajian mengenai projek tersebut kepada kementerian.

Projek itu akan merangkumi landasan selebar 1.43 meter, HSR berkelajuan 160km/j, di samping terdapat 33 buah stesen dan lebih 300 jejantas.

Menurut Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan, Sun Chanthol, projek tersebut akan bermula dalam masa terdekat. Sekiranya siap kelak, ia akan memanfaatkan penumpang serta kargo di antara Kemboja dan Thailand, serta negara ASEAN lain.

Kemboja kini mempunyai dua laluan kereta api yang menghubungkan Phnom Penh dan bandar Poipet, sepanjang 382km.

Manakala laluan menghubungkan Phnom Penh serta wilayah pelabuhan antarabangsa, Preah Sihanouk pula sejauh 266km.

Laluan yang dibina antara 1929 dan 1969 itu kini hanya membolehkan kereta api bergerak pada kelajuan 30 hingga 40km sejam sahaja. – Berita Harian

Google ads
Back to top button