Buletin

HONDA MALAYSIA RECALL 77,708 KENDERAAN. TUKAR PAM BAHAN API

Honda Malaysia mengumumkan kempen recall melibatkan 77,708 unit kenderaan untuk membuat penukaran pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Model-model terlibat adalah seperti senarai di bawah: –

Kesemua pemilik model yang terjejas akan dihubungi Honda melalui surat pemberitahuan.

Bagaimanapun, para pelanggan boleh membuat pengesahan sama ada kenderaan mereka tertakluk di bawah kempen recall terbabit dengan menggunakan aplikasi HondaTouch.

Honda Malaysia juga menyeru pelanggan terjejas segera menghubungi mana-mana pusat pengedar Honda yang sah untuk membuat temujanji setelah menerima surat pemberitahuan tersebut.

Penukaran pam bahan api itu adalah percuma dan segala kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya Honda Malaysia.

Sehingga hari ini, tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan yang berpunca daripada isu pam bahan api bermasalah di Malaysia.

Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi para pelanggan dan menjamin semua model jualan sekarang tidak terjejas dalam recall terbabit.

Untuk maklumat lanjut, pemilik kenderaan boleh menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my / productrecall.honda.com.my atau menggunakan aplikasi HondaTouch.

Google ads
Back to top button