Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN GOLF GTI GENERASI PERTAMA – INILAH DIA HOT HACH LAGENDA

Pada era tahun 70an, bolehlah dianggap sebagai era permulaan kepada persaingan model hot hach pengeluar kereta. Sementelah di era 60an, kereta muscle begitu mendominasi pasaran. Dan sebut pasal hot hach, terlintas di fikiran sebuah model idaman jejaka, Volkswagen Golf GTI.

Asalnya, model Golf ini mula menemui pasaran pada tahun 1974 melalui kilang pemasangan di Wolfsburg, Jerman. Golf I pertama ini telah direka oleh Giorgio Giugiaro. Di kala itu, Volkswagen sedang beralih daripada daripada Beetle kepada model baharu Golf. Daripada enjin sejukan udara di belakang kepada enjin sejukan cecair di bahagian hadapan. Dan iltizamnya adalah untuk membina sebuah model hatchback / hot hatch. Dan projek men-GTI-kan Golf ini dimulakan pada awal tahun 1975 dan projek istimewa ini akhirnya dipertontonkan buat pertama kali sewaktu Frankfurt Motor Show 1975.

Definasi hot hatch adalah mudah. Ianya wajib untuk dua pintu untuk kelihatan sporty dan laju. Maka terhasilah sebuah model hot hatch yang cukup ikonik sehingga kini, Gran Tourer Injection atau lebih kita kenali dengan akronim GTI sahaja.

Rekaan generasi pertama ini sebenarnya agak mudah. Kiranya dah cukup kelihatan moden dan sporty bagi sebuah kereta hatchback keluaran era tersebut. Dua lampu bulat berkembar mengapit di bahagian gril yang kelihatan cukup minimalis. Tidak terlalu fancy. Rekaan bampar juga tipikal kereta yang dikeluarkan di era yang menggunakan rekaan bampar besi semata. Jenis kalau melanggar. Tapi yang paling penting, terdapat logo GTI disamping gril tersebut.

Rekaan hatchback tiga pintu ini walaupun kelihatan agak kompak, tetapi apabila digunakan rekaan cermin yang luas disekeliling memberikan sedikit ilusi bahawa kereta ini sebenarnya agak luas. Berbanding model Golf standard, ketinggian kereta ini telah direndahkan sedikit sekitar 15 mm bagi memastikan pengendalian yang lebih sedap untuk meratah selekoh.

Menggerakkannya adalah trenkuasa yang bersesaran 1.6 liter yang berupaya menjana kuasa 110 PS yang dipadankan dengan kotak gear manual empat kelajuan sebelum kotak gear lima kelajuan mula digunapaki bermula 1979. Enjin tersebut telah dinaiktaraf bagi memastikan kuasa maksimum 110 PS berupaya dicapai. Dikhabarkan, ianya berupaya mencatat kelajuan maksimum melebihi 180 km/j.

Ketika di awal pengenalan model ini mereka hanya menyasarkan untuk menjual sejumlah 5,000 unit sahaja, sebagai langkah homologasi untuk menyertai Group 1 Touring Cars. Tapi hakikatnya mereka berjaya menjual beratus kali ganda daripada angka tersebut. Dikhabarkan, sejumlah 462,000 unit model Volkswagen Golf generasi pertama ini dijual memastikan plat nama Golf ini kekal sebagai model cari makan buat pengeluar dan juga jenama Golf GTI ini kekal sebagai model hot hatch idaman sang pria.

BACA : VW GOLF GTI CLUBSPORT 2021. 296HP, MODE PEMANDUAN LITAR NURBURGRING, TOP SPEED 250KM/J

BACA : #IKLANPILIHAN. VW GOLF GTi 2.0 RM39,999

Google ads

B K

Back to top button