
HONDA MALAYSIA UMUM PELANTIKAN HIRONOBU YOSHIMURA SEBAGAI PENGARAH URUSAN DAN CEO BAHARU
Honda Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Hironobu Yoshimura sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu. Beliau akan menggantikan Madoka Chujo yang kembali ke Jepun yang menjawat jawatan baru dalam Divisyen Jualan, Unit Pemantauan Operasi Jualan Automobil Honda.
Memulakan tugas di Malaysia pada 1 April 2022, Yoshimura memiliki pengalaman selama 34 tahun dalam bidang perancangan korporat, perniagaan, pemasara dan perkhidmatan selepas jualan. Pernah menjawat pelbagai jawatan di Jepun, Thailand and Pakistan, tugas terakhirnya sebelum datang ke Malaysia ialah sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Cars (Pakistan) Limited.
“Saya sangat teruja untuk mengambil peranan baharu di Honda Malaysia. Negara yang unik ini merupakan pasaran penting di rantau Asia dan Oceania buat kami di Honda. Ketua-ketua sebelum ini telah berjaya membuatkan jenama Honda sangat berjaya di Malaysia.
“Antara ialah dengan menjadi perintis dalam memperkenalkan teknologi terkini Honda di rantau ini, memperkenalkan model-model baharu yang menarik dan menguasai segmen kenderaan penumpang bukan nasional sejak sekian lama. Saya tidak sabar untuk memberikan sumbangan positif demi pertumbuhan syarikat ini,” kata Yoshimura.
Yoshimura turut berkongsi bahawa berdasarkan kepada data dalaman, tiga model Honda iaitu City, City Hatchback dan Civic serba baharu menduduki tempat pertama dalam segmen masing-masing untuk suku pertama tahun 2022.
Chujo menyertai Honda Malaysia pada April 2021, walaupun tempoh perkhidmatannya cukup singkat, Honda Malatysia berjaya mengekalkan posisi No. 1 dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama lapan tahun berturut-turut sejak tahun 2014.
Beliau juga berjaya melancarkan dua model serba baharu iaitu City Hatchback dan Civic pada Januari 2022.









